JABATAN UNDANG-UNDANG

PENGENALAN
Jabatan Undang Undang merupakan fakulti sokongan yang memberikan khidmat “servicing” kepada dua fakulti utama di kampus ini iaitu Fakulti Perakaunan dan Fakulti Pengurusan Perniagaan. Mempunyai seramai 7 orang pensyarah yang kebanyakannya bekas peguam. Kami bertanggungjawab untuk mengajar sebanyak 6 subjek yang merupakan subjek asas untuk kedua-dua fakulti.

OBJEKTIF

  • Memastikan bahawa peratusan kelulusan pelajar bagi setiap kod undang-undang mencapai sekurang-kurangnya 75%
  • Memastikan secara purata semua pensyarah di Jabatan Undang-Undang terlibat dalam aktiviti penulisan atau kegiatan akademik pada setiap tahun.
  • Memastikan setiap pensyarah undang-undang menghadiri jam latihan sekurang-kurangnya 45 jam latihan setahun.
MISI
  • Melahirkan bumiputera professional yang cemerlang, berdaya saing, global dan beretika melalui proses pembelajaran dan pengajaran yang berkesan serta bermutu tinggi
  • Memastikan staf akademik berkelayakan, berpengalaman dan berkaliber.
  • Menyubur dan meningkatkan kegiatan penyelidikan, penulisan dan penerbitan untuk memperkayakan ilmu professional.

VISI
  • Menjadi jabatan yang unggul, cemerlang dan bertaraf dunia di dalam menerajui pendidikan, latihan serta penyelidikan dalam bidang undang-undang.

Koordinator Kursus

PUAN SITI MARIAM ATAN
Jabatan Undang-undang
Kampus Segamat
Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Ext No. : 07-935 2150
Fax No. : 07-935 2271