PENGAJIAN ISLAM KONTEMPORARI

PENGENALAN
ACIS @ Akademi Pengajian Islam Kontemporari ditubuhkan pada Disember 2012yang dulunya dikenali sebagai CITU (Center for Islamic Thought & Understanding) @ Pusat Pemikiran dan kefahaman Islam ditubuhkan bersama-sama dengan penubuhan universiti ini sendiri (dulunya dikenali dengan Pusat Pendidikan Islam ITM).
          Akademi ini menyediakan kursus-kursus akademi bagi melahirkan golongan profesional Melayu Muslim berwibawa untuk negara. Kursus ACIS menjadi subjek wajib universiti sama ada diperingkat diploma atau ijazah kepada semua fakulti.
          Mulai tahun 2012 ACIS telah menawarkan kursus-kursus pengajian diperingkat Sarjana dan Doktor Falsafah. Di samping itu, ACIS dengan kerjasama Fakulti Pengurusan Perniagaan menawarkan program khusus seperti Perbankan dan Kewangan Islam dan juga program Pemakanan Halal kerjasama dengan fakulti Sains Gunaan dan lain-lain lagi.
          Apabila ITM dinaik taraf menjadi universiti pada tahun 1999, CITU yang pada masa itu mengambil langkah menggabungkan Unit Kemajuan Islam (dulunya dibahagian HEP) di bawah bumbung yang sama.
          Dengan tenaga dan kepakaran yang ada disamping mencurahkan ilmu ketika berada di bilik-bilik kuliah, pensyarah-pensyarah ACIS dan Pegawai Hal Ehawal Islam bertanggungjawab menerajui aktiviti kerohanian dan keagamaan di kampus UiTM Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang.

Koordinator Kursus

DR. MOHD ALI BIN MUHAMAD DON
Akademi Pengajian Islam Kontemporari
Kampus Pasir Gudang
Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Ext No. : 07-381 8305

Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor
Kampus Segamat
Jalan Universiti Off Km. 12 Jalan Muar
85000 Segamat
Johor Darul Ta'zim, MALAYSIA
No. Tel: 07-935 2000 | No. Fax : 07-935 2277 

Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang
Jalan Purnama, Bandar Seri Alam
81750 Masai
Johor Darul Ta'zim, MALAYSIA

No. Tel: 07-381 8000 | No. Fax : 07-381 8141



 


Pejabat Komunikasi Korporat
korporatjohor@uitm.edu.my


Tel: 607 935 2358
Fax : 607 935 2001