FAKULTI | KEJURUTERAAN KIMIA

PENGENALAN
UiTM Cawangan Johor (UiTMCJ) Kampus Pasir Gudang (UiTMCJ KPG) merupakan kampus kedua di UiTM Cawangan Johor selain Kampus Segamat. Pada mulanya, terdapat Kampus Bandaraya yang terletak di Larkin, Johor Bahru dan akhirnya dipindahkan ke Bandar Seri Alam dan dikenali sebagai Kampus Pasir Gudang (UiTM PG). UiTM PG merupakan kampus yang dibangunkan secara Private Finance Initiative (PFI). Kampus ini bukan sahaja sebuah kampus yang sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran (P&P), malah kedudukannya adalah strategik di Bandar Seri Alam yang dikenali sebagai City of Knowledge yang terletak di kawasan wilayah Pembangunan Iskandar. UiTMCJ KPG mula beroperasi pada 1 Mei 2014 dengan keluasan tanah 76 ekar dan majlis penyerahan kunci telah diadakan pada 3 Febuari 2014.
        Dalam usaha untuk melahirkan graduan EH110 yang berdaya saing dan holistik mutunya, FKK menggunakan pendekatan dalam penyampaian pendidikan berdasarkan acuan Outcome Based Education (OBE), selaras dengan kehendak Malaysian Qualification Accreditation (MQA). Antara kaedah pengajaran dan pembelajaran yang efektif yang diamalkan adalah syarahan dan tutorial, perbincangan, latihan dalam makmal, latihan industri, lawatan akademik, ceramah dan kajian kes. Selain itu, penggunaan aplikasi sistem ilearn yang diamalkan bagi memudahkan proses P&P tanpa sempadan masa dan lokasi. Terdapat juga beberapa kod kursus yang menjalankan pembelajaran secara Blended Learning. Fasiliti yang disediakan adalah yang terbaik dari segi prasarana yang lengkap dengan teknologi terkini. Perkhidmatan keselamatan juga sentiasa dititik-beratkan demi menjamin keselamatan pelajar dan staf.
         Ciri istimewa budaya yang diamalkan oleh FKK adalah selari dengan Budaya Perdana UiTMCJ. Budaya Perdana ini bermotifkan untuk melahirkan warga FKK yang komited dan selari dengan hala tuju UiTMCJ dalam merealisasikan visi, misi dan objektif kualiti UiTMCJ KPG khasnya dan UiTMCJ amnya. Dalam usaha mendokong aspirasi berikut, penerapan moto “Usaha, Taqwa dan Mulia” sentiasa di semat dan dijadikan amalan warga UiTM. Staf FKK ter­diri dari­pada staf akademik dan staf bukan akademik. Sehingga kini, FKK mem­pun­yai 20 orang Pen­syarah, 2 orang Peno­long Pegawai Sains, dan 2 orang Peno­long Jurutera. Kese­mua staf FKK ini boleh dihubungi melalui tele­fon dan e-mel seperti di direktori staf.
* Untuk maklumat lanjut sila layari laman web : Rasmi FKK

Ketua Pusat Pengajian

PN NOORHALIZA BINTI AZIZ
Fakulti Kejuruteraan Kimia
Kampus Pasir Gudang
Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Ext No. : 07-381 8523

Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor
Kampus Segamat
Jalan Universiti Off Km. 12 Jalan Muar
85000 Segamat
Johor Darul Ta'zim, MALAYSIA
No. Tel: 07-935 2000 | No. Fax : 07-935 2277 

Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang
Jalan Purnama, Bandar Seri Alam
81750 Masai
Johor Darul Ta'zim, MALAYSIA

No. Tel: 07-381 8000 | No. Fax : 07-381 8141



 


Pejabat Komunikasi Korporat
korporatjohor@uitm.edu.my


Tel: 607 935 2358
Fax : 607 935 2001