PENGAJIAN | ISLAM KONTEMPORARI

Pengenalan
Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) ditubuhkan pada Disember 2012. Dahulunya dikenali sebagai Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (Centre for Islamic Thought and Understanding (CITU). Apabila ITM dinaik taraf menjadi universiti pada tahun 1999, mengambil langkah menggabungkan Unit Kemajuan Islam (dulunya di bahagian HEP) di bawah bumbung yang sama. Bermula dari 12 Januari 2018, Unit Kemajuan Islam ditukar nama kepada Unit Hal Ehwal Islam, dibawah naungan Rektor.
         Pensyarah-pensyarah ACIS turut bertanggungjawab menerajui aktiviti kerohanian dan keagamaan di kampus UiTM Johor selain menyumbang tenaga dan kepakaran mencurahkan ilmu di dalam bilik kuliah. Mempunyai seramai 17 orang pensyarah dan diketuai oleh Ustaz Mohamad Zaki Bin Razaly selaku Ketua Pusat Pengajian.
         ACIS komited menyediakan PENDIDIKAN DAN PERKHIDMATAN ISLAM yang berkualiti untuk memenuhi kehendak pelanggan demi membangunkan warga universiti yang berilmu, berakhlak dan bertaqwa. ACIS akan melaksanakan sistem pengurusan kualiti yang cekap, berkesan dan sentiasa melaksanakan penambahbaikan secara berterusan untuk menjadi sebuah organisasi terunggul.

Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor
Kampus Segamat
Jalan Universiti Off Km. 12 Jalan Muar
85000 Segamat
Johor Darul Ta'zim, MALAYSIA
No. Tel: 07-935 2000 | No. Fax : 07-935 2277 

Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang
Jalan Purnama, Bandar Seri Alam
81750 Masai
Johor Darul Ta'zim, MALAYSIA

No. Tel: 07-381 8000 | No. Fax : 07-381 8141



 


Pejabat Komunikasi Korporat
korporatjohor@uitm.edu.my


Tel: 607 935 2358
Fax : 607 935 2001