PROFIL

MOTO |Usaha, Takwa, Mulia

VISI

MISI

NILAI

Menjadikan UiTM sebuah universiti terkemuka dunia dalam bidang Sains, Teknologi, Kemanusiaan dan Keusahawanan.

Menjuarai pembangunan bumiputera profesional yang tangkas menerusi kurikulum terkehadapan dan penyelidikan berimpak.

  • Kecemerlangan: Mengamalkan kualiti piawai dalaman yang standard bagi memenuhi keperluan dan jangkaan pemegang taruh
  • Sinergi: Bekerjasama rapat untuk memaksimumkan produktiviti yang memberi manfaat kepada industri dan masyarakat
  • Integriti: Memupuk nilai kejujuran, hormat dan ketelusan untuk mencapai standard profesionalisme yang tinggi

1983

Institut Teknologi MARA

Kampus pertama terletak di Bukit Siput dan telah dirasmikan pembukaannya oleh Dato’ Abd. Ajib bin Ahmad, Menteri Besar Johor pada ketika itu.

1983

1985

Institut Teknologi MARA

Berpindah ke bangunan yang lebih besar dan selesa di Segamat Baru

1990

Institut Teknologi MARA

Kampus dibangunkan di tanah kurniaan pemerintah negeri di KM12, Jalan Muar-Segamat. Kini UiTM Cawangan Johor, Kampus Segamat terus tersegam indah di lokasi tersebut.

1990

2006

Universiti Teknologi MARA - Kampus Bandaraya Johor Bahru

Kampus kedua Cawangan Johor ditubuhkan dengan menyewa bangunan milik Yayasan Pelajaran Johor di Kampung Aman Larkin.

1 Mei 2014

Universiti Teknologi MARA - Kampus Pasir Gudang

Kampus Bandaraya Johor Bahru telah dipindahkan ke Bandar Seri Alam dan kampus tersebut ditukar nama kepada Kampus Pasir Gudang.

1 Mei 2014

2020

Kini

UiTM Cawangan Johor mempunyai dua (2) buah kampus iaitu Kampus Segamat dan Kampus Pasir Gudang

Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor
Kampus Segamat
Jalan Universiti Off Km. 12 Jalan Muar
85000 Segamat
Johor Darul Ta'zim, MALAYSIA
No. Tel: 07-935 2000 | No. Fax : 07-935 2277 

Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang
Jalan Purnama, Bandar Seri Alam
81750 Masai
Johor Darul Ta'zim, MALAYSIA

No. Tel: 07-381 8000 | No. Fax : 07-381 8141



 


Pejabat Komunikasi Korporat
korporatjohor@uitm.edu.my


Tel: 607 935 2358
Fax : 607 935 2001