BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

Bahagian Teknologi maklumat adalah satu bahagian yang dipertanggungjawabkan untuk mengawal, menyelia dan memastikan kemudahan ICT untuk kemudahan pelanggan dan staf di UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat. Mula dikenali dengan nama Unit Teknologi Maklumat, ditubuhkan pada tahun 2001 bermula dengan seorang Pegawai Teknologi Maklumat, Seorang Penolong Pegawai Teknologi Maklumat dan Seorang Juruteknik KomputerPeranan Unit Teknologi Maklumat mula berkembang sehingga tahun 2017 dengan bilangan staf bertambah kepada 11 orang yang terdiri dari seorang Pegawai Teknologi Maklumat Kanan F442 Orang Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Kanan FA32, 5 Orang Penolong Pegawai Teknologi Maklumat FA29 dan 4 orang Juruteknik Komputer Kanan JT22 Selaras dengan perkembangan ICT di UiTM keseluruhannya, pada tahun 2018, Unit Teknologi Maklumat digabungkan dengan Bahagian Pengurusan Fasiliti dan dinaiktaraf kepada Bahagian Teknologi Maklumat di bawah seliaan seorang Timbalan Pengarah, Pejabat Pengurusan Fasiliti & ICT.

 

OBJEKTIF BAHAGIAN TENOLOGI MAKLUMAT

Bahagian Teknologi Maklumat, PPF & ICT UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat komited untuk menyediakan perkhidmatan ICT secara professional dan berkualiti selaras dengan visi UITM untuk menjadi Universiti bertaraf dunia dengan mengamalkan budaya kerja cemerlang dan penambahbaikan berterusan untuk menjamin kepuasan pelanggan.

 

FUNGSI BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

 

{tab title="Unit Pentadbiran ICT" class="solid blue"}

  • Pengurusan Rekod, Fail dan Dokumen
  • Pengurusan Kewangan
  • Pengurusan Sumber Manusia
  • Pengurusan Dokumentasi Aset & Inventori ICT
  • Sekretariat Jawatankuasa Penilaian Projek Dan Teknikal Ict & Elektronik Negeri (JITEN)
  • Pengurusan Kualiti & Dokumentasi
  • Menganjurkan Program kesedaran penggunaan ICT

{tab title="Sistem Maklumat" class="solid blue"}

  • Pengurusan Sistem Aplikasi
  • Pengurusan Sokongan Operasi Sistem Aplikasi Urtama Universiti
  • Pengurusan Sokongan Operasi Dalam Kampus
  • Pengurusan Aplikasi Turnitin
  • Pengurusan Sistem eJPP
  • Pengurusan Laman Web Rasmi Negeri
  • Pengurusan Kad pelbagai guna
  • Pengurusan Data Graduan Konvokesyen

{tab title="Infrastruktur ICT" class="solid blue"}

  • Pengurusan bilik server/ Pusat data
  • Pengurusan Keselamatan ICT kampus
  • Pengurusan Inventori Rangkaian
  • Pengurusan Projek Rangkaian
  • Penyelenggaraan Sistem Rangkaian

{tab title="Operasi ICT" class="solid blue"}

  • Pengurusan komputer sewaan dan Geran
  • Pengurusan Aset & Inventori ICT
  • Perkhidmatan Meja Bantuan (Helpdesk)
  • Pengurusan Makmal Komputer
  • Pengurusan perisian IT
  • Perkhidmatan Video Conference dan Live Streaming (multimedia)
  • Pengurusan emel rasmi Staf

{/tabs}

Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor
Kampus Segamat
Jalan Universiti Off Km. 12 Jalan Muar
85000 Segamat
Johor Darul Ta'zim, MALAYSIA
No. Tel: 07-935 2000 | No. Fax : 07-935 2277 

Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang
Jalan Purnama, Bandar Seri Alam
81750 Masai
Johor Darul Ta'zim, MALAYSIA

No. Tel: 07-381 8000 | No. Fax : 07-381 8141



 


Pejabat Komunikasi Korporat
korporatjohor@uitm.edu.my


Tel: 607 935 2358
Fax : 607 935 2001