{tab title=" BA240" class="green solid"}

IJAZAH SARJANA MUDA PENTADBIRAN PERNIAGAAN (KEPUJIAN) PEMASARAN

PENGENALAN
Program ini direka khas untuk melatih dan memberikan pendedahan yang sewajarnya kepada para graduan mengenai konsep dan strategi pemasaran yang semakin kritikal. Program ini juga akan memberikan pemdedahan yang luas mengenai alam pemasaran yang sebenai melalui pembelajaran kes serta jaringan dengan pihak industri yang berkaitan.  Program ini membuka peluang kepada Bumiputera lulusan Diploma dari UiTM atau mana-mana institusi yang setaraf dengannya bagi meningkatkan kemahiran dalam bidang pemasaran di peringkat profesional.

JANGKAMASA PENGAJIAN 
Tiga tahun (Sepenuh masa)

PENGAMBILAN
Pengambilan Pelajar untuk program ini adalah dua kali setahun .Permohonan boleh dibuat melalui:

  1. Unit Pusat Universiti (UPU) – Jun
  2. Secara online di Universiti Teknologi MARA – November

PENILAIAN 
Penilaian keatas calon akan dilaksanakan berdasarkan penilaina secara berterusan iaitu melalui ujian, kerja kursus secara individu dan kumpulan, pembentangan, penglibatan di dalam kelas, lawatan ke tempat tempat perindustrian, seminar dan ujian akhir universiti.

 

SYARAT KEMASUKAN
Lepasan SPM: 
Lulus SPM atau kredit Bahasa Inggeris, Matematik dan Bahasa Melayu. Passed SPM or its equivalent with credits in English, Mathematics and Bahasa Melayu/Malaysia.

Lepasan STPM: 
lulus kertas Am dan lulus dua subjek dengan CGPA 2.67 termasuk Accountancy/Economics/Business.
Telah mengambil MUET

 

SYARAT KHAS GRADUAN DIPLOMA:

  • Lulus diploma UiTM atau mana mana institusi yang diktiraf kerajaan dengan syarat minima CGPA 2.60.
  • Calon yang tidak menepati syarat layak kemasukkan akan dipertimbangkan dengan syarat telah mempunyai pengalaman berkerja selama 2 tahun.
  • Telah mengambil MUET

Siswazah Diploma Pengajian Perniagan Perniagaan (BM111) yang telah tamat pengajian, boleh meneruskan pengajian di semester ke tiga  Peringkat Ijazah Sarjana Muda  di  Universiti Teknologi MARA di bawah Fakulti Pengurusan Perniagaan. Siswazah juga boleh melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi di mana- mana institusi pengajian sama ada di dalam mahupun di luar negara.

 

PELAN PENGAJIAN

Tahun 1

Tahun pertama pengajian akan memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai subjek fundamental perniagaan. Antara subjek yang ditawarkan adalah seperti berikut:

Semester I

Bahasa Ketiga I
Ko-Kurikulum I
Language Enrichment
Financial Accounting
Economics
Business Law
Info. Tech. In Business

Semester 2

Financial Management
Principles & Practice Of Marketing
Principles & Practice Of Management
Personal Development
Quantitative Business Analysis
Bahasa Ketiga II
Ko-Kurikulum II
Language Enrichment

Pelajar juga diberi pilihan untuk melilih salah satu daripada subjek berikut:

Introduction To International Business
Introduction To Operation Management

Tahun 2

Semester 3

Bahasa Ketiga III
Presentation Skills
Ko-Kurikulum III
Digital Marketing
Product Management
Understanding Consumer


Pelajar juga diberi pilihan untuk memilih salah satu subjek  di bawah:
Concepts & Practice Of Retailing
Introduction To Human Resource Management
Quality Management

Semester 4

Report Writing
Ethnic Relations
Managerial Economics
Channels Management
Marketing Research
Marketing Communication

 Pilihan Salah Satu Di Bawah:
Sales Management
Services Marketing
Business Marketing
Physical Supply & Distribution
International Financial Management
Investment Analysis

Tahun 3

Semester 5

Strategic Management
Global Marketing
Strategic Marketing Management
Issues In Marketing

Pilihan Salah Satu Di Bawah:
Relationship Marketing
Environmental Marketing

Pilihan Salah Satu Di Bawah:
Agro Based Marketing
Risk Management
Malaysian Derivatives
Personal Financial Planning

Semester 6
Industrial Training
Industrial Training Report

 

PELUANG PEKERJAAN
Graduan Diploma dan Ijazah Sarjana Muda UiTM mempunyai peluang yang luas untuk menceburi alam pekerjaan di dalam pelbagai syarikat swasta mahupun kerajaan dibahagian pentadbiran, pengurusan dan pemasaran.

 

{tab title="BA251" class="blue solid"}

IJAZAH SARJANA MUDA PENTADBIRAN PERNIAGAAN (KEPUJIAN) PENGURUSAN PELABURAN

PENGENALAN
Program Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Pengurusan Pelaburan merupakan program yang baru ditawarkan di UiTM Johor. Program ini dinamakan program tunggal kerana hanya UiTM Johor sahaja yang menawarkan program ini di seluruh sistem. Program Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Pengurusan Pelaburan ini diwujudkan bagi melahirkan graduan bumiputra yang terlibat secara professional dalam bidang pelaburan. Struktur kurikulum program ini masih mengekalkan kursus wajib universiti dan fakulti sepertimana program Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan di bawah Fakulti Pengurusan Perniagaan. Walaubagaimanapun terdapat 10 kursus baru yang telah dikenalpasti dapat memenuhi keperluan dan kehendak pasaran di dalam melahirkan graduan yang mempunyai keprofesionalan di dalam bidang pengurusan pelaburan. Sebanyak 123 jam kredit perlu dilengkapkan untuk membolehkan pelajar dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Pengurusan Pelaburan.

 

OBJEKTIF
Berdasarkan Bab 1 dan 5 Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK10), negara kita di dalam usaha membangun kearah negara berpendapatan tinggi dan mengekalkan modal insan bertaraf dunia. Antara strategi utama di dalam mencapai hasrat tersebut adalah melalui peningkatan kemahiran rakyat Malaysia untuk meluaskan kebolehpasaran.

Program Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan Dengan Kepujian (Pengurusan Pelaburan) ini adalah sejajar dengan tonggak dasar-dasar kerajaan yang disebut di atas.

Selain dari itu program ini membantu dalam membentuk generasi siswazah yang berorientasikan pengurusan pelaburan, bertindak sebagai pengamal pelaburan profesional yang mampu mewujudkan peluang pekerjaan untuk diri sendiri dan masyarakat umum.

 

JANGKAMASA PENGAJIAN
Tiga tahun (Sepenuh masa)

 

PENGAMBILAN
Pengambilan Pelajar untuk program ini adalah dua kali setahun .Permohonan boleh dibuat melalui:

  1. Unit Pusat Universiti (UPU)
  2. Secara online di Universiti Teknologi MARA

 

PENILAIAN
Penilaian keatas calon akan dilaksanakan berdasarkan penilaian secara berterusan iaitu melalui ujian, kerja kursus secara individu dan kumpulan, pembentangan, penglibatan di dalam kelas, lawatan ke tempat tempat perindustrian, seminar dan ujian akhir universiti.

 

SYARAT KEMASUKAN

  • Lepasan Diploma UiTM dan setaraf
  • Lepasan STPM: lulus kertas Am dan lulus dua subjek  dengan CGPA 3.00 termasuk Perakauanan / Ekonomi / Perniagaan
  • Telah mengambil  MUET

 

SYARAT KHAS GRADUAN DIPLOMA:

  • Lulus diploma UiTM (keutamaan kepada lepasan Diploma Analisis Pelaburan dan Diploma Perbankan) atau mana mana institusi yang diktiraf kerajaan dengan syarat minima CGPA 2.75.
  • Calon yang tidak menepati syarat layak kemasukkan akan dipertimbangkan dengan syarat telah mempunyai pengalaman berkerja selama 2 tahun.
  • Telah mengambil MUET.

 

PELAN PENGAJIAN

Pelan Pengajian Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Pengurusan Pelaburan (BM251)

 

PELUANG PEKERJAAN

Siswazah Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Pengurusan Pelaburan yang telah tamat pengajian, boleh melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi di mana- mana institusi pengajian sama ada di dalam mahupun di luar negara. Antara bidang kerjaya yang boleh diceburi ialah; pengamal pelaburan, perbankan, perbankan islam, hartanah dan sebagainya.
 

{tab title="BA249" class="orange solid"}

IJAZAH SARJANA MUDA PENTADBIRAN PERNIAGAAN (KEPUJIAN) PERBANKAN ISLAM

PENGENALAN
Program Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Perbankan Islam merupakan salah satu program di bawah Fakulti Perniagaan dan Pengurusan yang ditawarkan di UiTM Johor, untuk melatih bumiputera dalam bidang kewangan dan pelaburan. Pada tahun pertama dan kedua, pelajar didedahkan kepada konsep-konsep asas pengurusan dan perniagaan. Tahun ketiga pula, penekanan diberikan kepada prinsip-prinsip dan perkembangan semasa yang menjadi amalan perbankan Islam di Malaysia.

Program ini direka khas untuk melatih dan memberikan pendedahan yang sewajarnya kepada para graduan mengenai konsep perbankan dan kewangan Islam yang semakin kritikal. Program ini juga akan memberikan pendedahan yang luas mengenai institusi kewangan berdasarkan Syariah yang sebenar melalui pembelajaran dan kerja kursus. Program ini membuka peluang kepada Bumiputera lulusan Diploma dari UiTM atau mana-mana institusi yang setaraf dengannya bagi meningkatkan kemahiran dalam bidang perbankan Islam di peringkat profesional. Pelajar juga diberi peluang untuk menjalankan latihan praktikal pada semester terakhir program ini.

 

OBJEKTIF
Objektif program ini telah dirangka untuk melahirkan graduan yang terlatih dan berdisiplin serta membentuk kebolehan, kemahiran dan membuat keputusan khususnya dalam bidang pelaburan dan kewangan. Struktur program ini mengambil masa tiga (3) tahun sepenuh masa. Kursus-kursus dalam program ini dijalankan secara kuliah dan amali yang memerlukan penglibatan secara langsung oleh pelajar untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran.

 

JANGKAMASA PENGAJIAN 
Tiga tahun (Sepenuh masa)

 

PENGAMBILAN
Pengambilan Pelajar untuk program ini adalah dua kali setahun .Permohonan boleh dibuat melalui:

  1. Unit Pusat Universiti (UPU)
    2. Secara online di Universiti Teknologi MARA

 

PENILAIAN 
Penilaian keatas calon akan dilaksanakan berdasarkan penilaian secara berterusan iaitu melalui ujian, kerja kursus secara individu dan kumpulan, pembentangan, penglibatan di dalam kelas, lawatan ke tempat tempat perindustrian, seminar dan ujian akhir universiti.

 

SYARAT KEMASUKAN
Lepasan Diploma UiTM dan setaraf.
Lepasan STPM: lulus kertas Am dan lulus dua subjek dengan CGPA 2.67 termasuk Perkauanan / Ekonomi / Perniagaan
Telah mengambil MUET

 

SYARAT KHAS GRADUAN DIPLOMA:

Lulus diploma UiTM atau mana mana institusi yang diktiraf kerajaan dengan syarat minima CGPA 2.70. Calon yang tidak menepati syarat layak kemasukkan akan dipertimbangkan dengan syarat telah mempunyai pengalaman berkerja selama 2 tahun.
Telah mengambil MUET.

 

PELUANG PERKERJAAN

Siswazah Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Perbankan Islam yang telah tamat pengajian, boleh melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi di mana- mana institusi pengajian sama ada di dalam mahupun di luar negara. Siswazah juga berpeluang mendapat peluang pekerjaan di dalam bidang kewangan Islam dan perbankan dan sebagainya.

 

 

{tab title="BA242" class="green solid"}

IJAZAH SARJANA MUDA PENTADBIRAN PERNIAGAAN (KEPUJIAAN) KEWANGAN

PENGENALAN
Program Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Kewangan merupakan salah satu program di bawah Fakulti Perniagaan dan Pengurusan yang ditawarkan di UiTM Johor, untuk melatih bumiputera dalam bidang kewangan dan pelaburan. Pada tahun pertama dan kedua, pelajar didedahkan kepada konsep-konsep asas pengurusan dan perniagaan. Tahun ketiga pula, penekanan diberikan kepada prinsip-prinsip dan perkembangan semasa yang menjadi amalan pelaburan institusi kewangan di Malaysia.

Program ini direka khas untuk melatih dan memberikan pendedahan yang sewajarnya kepada para graduan mengenai konsep kewangan yang semakin kritikal. Program ini juga akan memberikan pendedahan yang luas mengenai institusi kewangan yang sebenar melalui pembelajaran dan kerja kursus. Program ini membuka peluang kepada Bumiputera lulusan Diploma dari UiTM atau mana-mana institusi yang setaraf dengannya bagi meningkatkan kemahiran dalam bidang pelaburan di peringkat profesional. Pelajar juga diberi peluang untuk menjalankan latihan praktikal pada semester terakhir program ini.

 

OBJEKTIF
Objektif program ini telah dirangka untuk melahirkan graduan yang terlatih dan berdisiplin serta membentuk kebolehan, kemahiran dan membuat keputusan khususnya dalam bidang pelaburan dan kewangan. Struktur program ini mengambil masa tiga (3) tahun sepenuh masa. Kursus-kursus dalam program ini dijalankan secara kuliah dan amali yang memerlukan penglibatan secara langsung oleh pelajar untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran.

 

JANGKAMASA PENGAJIAN 
Tiga tahun (Sepenuh masa)

 

PENGAMBILAN
Pengambilan Pelajar untuk program ini adalah dua kali setahun .Permohonan boleh dibuat melalui :

  1. Unit Pusat Universiti (UPU)
    2. Secara online di Universiti Teknologi MARA

 

PENILAIAN 
Penilaian keatas calon akan dilaksanakan berdasarkan penilaian secara berterusan iaitu melalui ujian, kerja kursus secara individu dan kumpulan, pembentangan, penglibatan di dalam kelas, lawatan ke tempat tempat perindustrian, seminar dan ujian akhir universiti.

 

SYARAT KEMASUKAN
Lepasan Diploma UiTM dan setaraf.
Lepasan STPM: lulus kertas Am dan lulus dua subjek dengan CGPA 2.67 termasuk Perkauanan / Ekonomi / Perniagaan
Telah mengambil MUET

 

SYARAT KHAS GRADUAN DIPLOMA:

Lulus diploma UiTM atau mana mana institusi yang diktiraf kerajaan dengan syarat minima CGPA 2.70. Calon yang tidak menepati syarat layak kemasukkan akan dipertimbangkan dengan syarat telah mempunyai pengalaman berkerja selama 2 tahun.
Telah mengambil MUET.

 

PELUANG PERKERJAAN
Siswazah Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Kewangan yang telah tamat pengajian, boleh melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi di mana- mana institusi pengajian sama ada di dalam mahupun di luar negara. Siswazah juga berpeluang mendapat peluang pekerjaan di dalam bidang kewangan, institusi kewangan, perbankan, pelaburan dan sebagainya.

{tab title="BA111" class="blue solid"}

DIPLOMA PENGAJIAN PERNIAGAAN

PENGENALAN
Keadaan ekonomi dan perubahan global yang mencabar pada hari ini amat memerlukan bidang kepakaran yang sangat luas berkaitan dunia perniagaan. Oleh yang demikian, Jabatan Pengurusan & Perniagaan menawarkan program Diploma Pengajian Perniagaan (BA111). Program ini telah mula diperkenalkan sekitar tahun 1963.  Di sepanjang 6 semester pengajian Program Diploma Pengurusan Pernigaan ini para siswazah akan didedahkan dengan pelbagai kod subjek yang relevan dengan kehendak pasaran pekerjaan. Untuk menambah nilai pada program diploma ini, subjek dari pelbagai jurusan perniagaan juga ditawarkan kepada pelajar.

 

PENGIKTIRAFAN
Siswazah Diploma Pengajian Perniagan Perniagaan (BA111) yang telah tamat pengajian, boleh meneruskan pengajian di semester ke tiga Peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Teknologi Mara di bawah Fakulti Pengurusan Perniagaan. Siswazah juga boleh melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi di mana- mana institusi pengajian sama ada di dalam mahupun di luar negara.

 

JANGKAMASA PENGAJIAN
3 tahun (sepenuh masa)

 

PENILAIAN
Penilaian keatas calon akan dilaksanakan berdasarkan penilaian secara berterusan iaitu melalui ujian, kerja kursus secara individu dan kumpulan, pembentangan, penglibatan di dalam kelas, lawatan ke tempat tempat perindustrian, seminar dan ujian akhir universiti.

 

SYARAT KEMASUKAN

  • Lulus SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya lima (5) kredit bagi Bahasa Melayu, Matematik dan tiga (3) subjek lain.
  • Calon mestilah sekurang-kurangnya lulus Bahasa Melayu.

 

KAMPUS YANG MENAWARKAN
Program ini ditawarkan di kampus Segamat dan Kota Kinabalu Sabah.

 

PERINCIAN PROGRAM

Tahun 1 dan Tahun 2

(Semester 1 hingga Semester 4)

Dua tahu pertama pengajian, pelajar akan didedahkan dengan pelbagai jurusan bidang perniagaan dan pengangkutan. Diantara subjek fundamental yang diperkenalkan kepada para pelajar adalah seperti berikut:

3 subjek kursus fundamental perniagaan: Management, Marketing and Finance, 
3 subjek ekonomi: Microeconomics, Macroeconomics and Malaysian Economics 
2 subjek akaun: Financial Accounting and Cost Accounting 
2 subjek kuantitatif: Business Mathematics and Introduction to Statistics 
1 subjek perundangan: Business Law

Untuk melengkapkan lagi kualiti diri siswazah kelulusan UiTM, para pelajar akan didedahkan dengan subjek berikut:

Computer & Information Processing 
Business Communication 
English dan Bahasa Ketiga 
Pengajian Islan 
Aktiviti Kokurikulum

Tahun 3

(Semester 5)

Ditahun terakhir, para pelajar akan mengambil 3 lagi subjek fakulti Pengurusan Dan Perniagaan.Antaranya ialah: Human Resource Management, Information Technology in Business and Business Development. Selain itu para pelajar juga diberikan pilihan untuk membuat pilihan kepada subjek berikut: Investment Management, Organizational Behavior, Operations Management, Principles of Public Relations, Introduction to International Business, Fundamentals of Insurance and Fundamentals of Transport.

 

PELUANG PEKERJAAN
Graduan Diploma dan Ijazah Sarjana Muda UiTM mempunyai peluang yang luas untuk menceburi alam pekerjaan di dalam pelbagai syarikat swasta mahupun kerajaan dibahagian pentadbiran dan pengurusan. 

 
 

{tab title="BA119" class="orange solid"}

DIPLOMA PENGAJIAN PERBANKAN

PENGENALAN
Seiring dengan cabaran yang lahir dari pembangunan dan globalisasi dunia perniagaan, satu keperluan untuk memahami sistem kewangan di Malaysia telah timbul kerana menyedari kepentingan industri perbankan sebagai perantara kewangan dan sumber kewangan utama kepada ekonomi domestik. Program yang telah mula dijalankan pada Julai 1967 ini dibentuk bertujuan untuk memaju seterusnya melatih para pelajar di dalam aspek pengurusan perbankan dan kewangan.

Program ini juga melengkapkan para pelajar di peringkat ijazah dengan ilmu di dalam bidang perbankan, kewangan dan pelaburan. Program selama tiga tahun yang mengandungi 6 semester ini meliputi pelbagai kursus termasuklah kajian di dalam pengurusan perbankan, kewangan,  perakaunan, ekonomi, pemasaran, pengurusan, matematik dan statistik, bahasa dan komunikasi,  teknologi maklumat dan asas undang-undang. Kepelbagaian kursus yang ditawarkan bertujuan menyediakan para pelajar dengan asas-asas yang diperlukan untuk berhadapan dengan cabaran-cabaran industri perbankan

 

PENGIKTIRAFAN

Pemegang diploma di dalam bidang ini boleh terus menyertai semester 3 program Ijazah Pentadbiran Perniagaan di Fakulti Pengurusan Perniagaan Universiti Teknologi Mara (UITM). Siswazah juga boleh menyambung pelajaran mereka dimana-mana universiti di dalam dan di luar negara.

 

JANGKAMASA KURSUS 
3 tahun (sepenuh masa)

 

PENILAIAN
Calon-calon akan dinilai secara berterusan melalui ujian, tugasan, peperiksaan semester, penyertaan aktiviti kelas dan peperiksaan akhir semester.

 

SYARAT KEMASUKAN

  • SPM/SPMV atau yang setaraf, dengan kredit di dalam subjek Bahasa Inggeris, Matematik dan 3 matapelajaran lain juga lulus Bahasa Malaysia.

 

KAMPUS
Program ini turut ditawarkan di kampus-kampus UiTM berikut: Arau, Sungai Petani, Alor Gajah, Jengka, Segamat, Machang, Dungun, Kota Kinabalu dan Samarahan.

 

GARIS PANDUAN KURSUS

Tahun 1 dan 2 (Semester 1-4)

2 tahun pengajian yang pertama akan memberikan para pelajar asas kepada pelbagai disiplin berkenaan perniagaan. Pelajar-pelajar akan diperkenalkan kepada pelbagai kursus asas yang meliputi:

  •  3 kursus perniagaan utama: Management, Marketing and Finance
    •    3 kusus ekonomi: Microeconomics, Macroeconomics and Malaysian Economics
    •    2 kursus perakaunan: Financial Accounting dan Cost Accounting.
    •    2 kursus kuantitatif: Business Mathematics and Introduction to Statistics
    •    1 kursus undang-undang: Business Law


Pelajar-pelajar juga dikehendaki melengkapkan diri mereka dengan pengetahuan dan kemahiran lain untuk menyerlahkan lagi kualiti mereka. Ini termasuklah menyertai kursus-kursus seperti:
•    Computer & Information Processing 
•    Business Communication
•    English and another foreign language 
•    Islamic Studies
•    Co-curricular activities

Tahun 3 (semester 5 dan 6)

Bagi tahun pengajian yang terakhir, kursus-kursus yang berkenaan dengan pengurusan perbankan dan kewangan akan diperkenalkan kepada para pelajar termasuklah Banking Operations, Financial Analysis, Lending Assessment and Management, Finance Legal Aspects and Ethics, Finance of International Trade and Specialized Financial Services. Selain daripada kursus-kursus yang ditawarkan di atas, pelajar-pelajar juga diberi pilihan untuk memilih 2 lagi kursus.


Antara kursus-kursus elektif pertama yang boleh dipilih termasuklah kursus Investment Management, Islamic Banking I, Asas Ekonomi Islam or Pemikiran & Tamadun Islam. Untuk elektif kedua, pelajar-pelajar boleh memilih kursus-kursus yang ditawarkan seperti Treasury, Organizational Behavior, Islamic Banking II or Perniagaan Islam.  Selain daripada mengambil kursus-kursus elektif utama ini, pelajar-pelajar dikehendaki mengambil 3 kursus wajib berkaitan pengurusan perniagaan secara berterusan. Kursus-kursus tersebut adalah Human Resource Management, Information Technology in Business and Business Development.

 

PELUANG PEKERJAAN
Siswazah boleh mengisi kekosongan jawatan di bahagian supervisory dan junior level dimana-mana institusi kewangan seperti bank, syarikat kewangan dan bank perdagangan.

 

 

{tab title="BA114" class="green solid"}

DIPLOMA ANALISIS PELABURAN

PENGENALAN
Program Diploma Analisis Pelaburan merupakan salah satu program di bawah Fakulti Perniagaan dan Pengurusan yang ditawarkan di UiTM Johor, untuk melatih bumiputera dalam bidang kewangan dan pelaburan. Pada tahun pertama dan kedua, pelajar didedahkan kepada konsep-konsep asas pengurusan dan perniagaan. Tahun ketiga pula, penekanan diberikan kepada prinsip-prinsip dan perkembangan semasa yang menjadi amalan pelaburan institusi kewangan di Malaysia.

Program ini direka khas untuk melatih dan memberikan pendedahan yang sewajarnya kepada para graduan mengenai konsep pelaburan yang semakin kritikal. Program ini juga akan memberikan pemdedahan yang luas mengenai dunia pelaburan yang sebenar melalui pembelajaran dan kerja kursus. Program ini membuka peluang kepada Bumiputera lulusan Diploma dari UiTM atau mana-mana institusi yang setaraf dengannya bagi meningkatkan kemahiran dalam bidang pelaburan di peringkat profesional.

 

OBJEKTIF
Objektif program ini telah dirangka untuk melahirkan graduan yang terlatih dan berdisiplin serta membentuk kebolehan, kemahiran dan membuat keputusan khususnya dalam bidang pelaburan dan kewangan. Struktur program ini mengambil masa tiga (3) tahun sepenuh masa dan memerlukan 96 hingga 98 jam kredit untuk dikurniakan diploma. Kursus-kursus dalam program ini dijalankan secara kuliah dan tutorial yang memerlukan penglibatan secara langsung oleh pelajar untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran.

 

JANGKAMASA PENGAJIAN
Tiga tahun (Sepenuh masa)

 

PENGAMBILAN
Pengambilan Pelajar untuk program ini adalah dua kali setahun .Permohonan boleh dibuat melalui:

  1. Unit Pusat Universiti (UPU)
    2. Secara online di Universiti Teknologi MARA

 

PENILAIAN 
Penilaian keatas calon akan dilaksanakan berdasarkan penilaian secara berterusan iaitu melalui ujian, kerja kursus secara individu dan kumpulan, pembentangan, penglibatan di dalam kelas, lawatan ke tempat tempat perindustrian, seminar dan ujian akhir universiti.

 

SYARAT KEMASUKAN

  • Lepasan SPM:Lulus SPM atau kredit Bahasa Inggeris, Matematik dan Bahasa Melayu. 
  • Lepasan STPM: lulus kertas Am dan lulus dua subjek  dengan CGPA 2.67 termasuk Perkauanan / Ekonomi / Perniagaan
  • Telah mengambil  MUET

 

SYARAT KHAS GRADUAN DIPLOMA:
Lulus diploma UiTM atau mana mana institusi yang diktiraf kerajaan dengan syarat minima CGPA 2.60. Calon yang tidak menepati syarat layak kemasukkan akan dipertimbangkan dengan syarat telah mempunyai pengalaman berkerja selama 2 tahun.
Telah mengambil MUET

 

PELUANG PERKERJAAN

Siswazah Diploma Analisa Pelaburan (BM114) yang telah tamat pengajian, boleh meneruskan pengajian di semester ke tiga Peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Teknologi Mara di bawah Fakulti Pengurusan Perniagaan. Siswazah juga boleh melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi di mana- mana institusi pengajian Sama ada di dalam mahupun di luar negara.

 

{/tabs}

Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor
Kampus Segamat
Jalan Universiti Off Km. 12 Jalan Muar
85000 Segamat
Johor Darul Ta'zim, MALAYSIA
No. Tel: 07-935 2000 | No. Fax : 07-935 2277 

Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang
Jalan Purnama, Bandar Seri Alam
81750 Masai
Johor Darul Ta'zim, MALAYSIA

No. Tel: 07-381 8000 | No. Fax : 07-381 8141



 


Pejabat Komunikasi Korporat
korporatjohor@uitm.edu.my


Tel: 607 935 2358
Fax : 607 935 2001