FAKULTI | KEJURUTERAAN MEKANIKAL

PENGENALAN
Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, di UiTM Johor Kampus Pasir Gudang menawarkan program 3 tahun (6 semester) diploma didalam jurusan Kejuruteraan Mekanikal (Diploma in Mechanical Engineering). Pada 2 tahun pertama pengajian, program ini menawarkan pengenalan asas berkaitan Kejuruteraan Mekanikal. Program yang ditawarkan telah dirangka untuk memenuhi keperluan industri, merangkumi pekerjaan sebagai pembantu jurutera atau juruteknik, sama ada didalam bidang berkaitan penggunaan mesin mahupun pengetahuan teknikal seperti pengeluaran, aeroangkasa, automotif, pembuatan serta minyak dan gas.
          Seterusnya di tahun akhir pengajian, demi untuk persediaan pekerjaan di masa akan datang, para pelajar akan diberikan pilihan modul untuk dipilih berdasarkan minat mereka. Diantara pilihan modul yang ditawarkan adalah Kejuruteraan Mekanikal Tulen, Pembuatan, Automotif, dan Aeroangkasa. Para pelajar juga diwajibkan menjalani latihan industri (LI) pada semester akhir bagi memberikan pendedahan dan pengalaman sebenar alam pekerjaan kepada mereka.
           Program Diploma Kejuruteraan Mekanikal yang ditawarkan di UiTM ini juga adalah unik dan kreatif dimana pelajar akan dilatih semasa pembelajaran berkaitan teknik-teknik untuk berfikir, membangunkan, bekerja dalam kumpulan, melaksanakan dan menyampaikan sesuatu tugasan ataupun projek.
           Graduan yang telah berjaya didalam program ini akan berpeluang untuk menyambung ke peringkat Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) Mekanikal (Mekanikal Tulen ataupun Pembuatan) sama ada di kampus induk UiTM Shah Alam ataupun UiTM Pulau Pinang Kampus Permatang Pauh.

Ketua Pusat Pengajian

DR SITI KHADIJAH BINTI ALIAS
Pensyarah Kanan
Kampus Pasir Gudang
Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Ext No. : 07-381 8476

Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor
Kampus Segamat
Jalan Universiti Off Km. 12 Jalan Muar
85000 Segamat
Johor Darul Ta'zim, MALAYSIA
No. Tel: 07-935 2000 | No. Fax : 07-935 2277 

Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang
Jalan Purnama, Bandar Seri Alam
81750 Masai
Johor Darul Ta'zim, MALAYSIA

No. Tel: 07-381 8000 | No. Fax : 07-381 8141



 


Pejabat Komunikasi Korporat
korporatjohor@uitm.edu.my


Tel: 607 935 2358
Fax : 607 935 2001