Sejarah penubuhan UiTM di Johor Bahru bermula pada akhir 1990an dengan menawarkan program PJJ hujung minggu bertempat di Sekolah Menengah Tasek Utara, Johor Bahru. Dengan peningkatan permintaan daripada masyarakat setempat, program pasca ijazah telah diperkenalkan dan Kampus Kota telah dipindahkan operasinya ke Menara Landmark, Johor Bahru pada tahun 2000
Bermula 2 Julai 2007, Kampus Kota Johor Bahru telah ditukar menjadi Kampus Bandaraya Johor Bahru dan beroperasi dengan menyewa bekas bangunan Kolej Islam Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) di Larkin dengan jumlah pelajar hanya seramai 100 orang. Pada 1 Januari 2011 Kampus Bandaraya Johor Bahru telah bertukar menjadi Kampus Johor Bahru.
Program-program berteraskan perniagaan mula diperkenalkan iaitu Diploma Perakaunan, Diploma Perbankan, Diploma Pengajian Perniagaan dan Program Pasca Ijazah Pentadbiran Perniagaan Eksekutif (EMBA). Program e-PJJ untuk Ijazah Sarjana Muda Pengajian Perniagaan (Pemasaran) (Kepujian) telah diperkenalkan pada semester Julai – November 2009. Manakala pada semester Mei - Oktober 2011 Program e-PJJ untuk Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sekolah Rendah) (Kepujian) mula diperkenalkan. Sehingga April 2012, pelajar yang mendaftar di kampus bandaraya adalah seramai 830 orang.
Pengenalan Kampus Johor Bahru UiTM Cawangan Johor
Last Updated on Thursday, 26 April 2012 15:09











Issues
Down










