
Objektif UiTM Johor Bahru
-
Menawarkan program-program diploma dan sarjana yang berasaskan sains pengurusan dan keusahawanan.
-
Menyediakan infrastruktur teknologi terkini dalam sistem pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan serta perkhidmatan.
-
Menghasilkan graduan yang mampu menerajui bidang pengurusan perniagaan dan keusahawanan.
-
Membentuk pelajar dengan menerapkan nilai-nilai murni, etika profesional, berjiwa patriotik, berterima kasih serta menyumbang kepada pembangunan agama, masyarakat dan bangsa.
-
Meningkatkan lagi prasarana dan persekitaran kerja yang kondusif.
-
Meningkatkan usaha-usaha untuk menaikkan imej UiTM Johor Bahru sebagai sebuah universiti berteraskan budaya kecemerlangan akademik
