Fakulti Perakaunan merupakan salah satu fakulti yang terdapat di Universiti Teknologi MARA Kampus Bandaraya Johor Bahru. Tempoh masa bagi pengajian sepenuh masa adalah selama 3 tahun dan pengajian separuh masa selama 4 tahun. Program separuh masa dikendalikan oleh Institut Perkembangan Pendidikan (InED) UiTM.
Fakulti Perakaunan terdiri daripada Puan Safiah Mohamed sebagai Ketua Program dan Pensyarah Kanan dan dibantu oleh 3 orang Pensyarah Perakaunan iaitu, Puan Nor Hafizah Binti Abd Mansor, Puan Fatimah Binti Hashim dan Cik Khadijah Binti Yahya.
DIPLOMA PERAKAUNAN (sepenuh masa)
Kod UiTM :AC110
Jangkamasa: 3 tahun/6 semesterz
Syarat Khas Program adalah seperti di bawah:-
Lepasan SPM & setaraf
Lulus SPM & Lima (5) Subjek Kepujian
Kepujian Bahasa Melayu, Kepujian Bahasa Inggeris, Kepujian Matematik/Matematik Tambahan, Kepujian dua (2) subjek selain di atas.Lepasan sijil politeknik /IKM/Institut lain
Lulus SPM & empat (4) Kepujian termasuk Bahasa Inggeris & Matematik /Matematik Tambahan
Lulus sijil politeknik /IKM/Institut lain dengan HPNG 3.50Lepasan Pra Diploma
Lulus Pra Diploma Perdagangan dengan minimum HPNG 3.50 Graduan adalah layak untuk memohon pekerjaan sama ada sektor awam dan juga sektor swasta.
Untuk Pertanyaan:
Fakulti Perakaunan
Universiti Teknologi MARA
Level 12, Menara Sultan Abdul Aziz Shah
40450 Shah Alam
Selangor
Tel: 03-5544 4916/ 4928/ 4929/ 4944
Fax: 03-5544 4942/ 4921
Graduan Diploma Perakaunan dengan keputusan cemerlang layak menyambung pelajaran dimana-mana Institusi Pengajian tinggi sama ada di dalam dan luar negara. Antara kursus yang berkaitan adalah:
• Sarjana Muda Perakaunan (Kep.) (UiTM)
• Sarjana Muda Perakaunan (Universiti dalam dan luar negara)
• Kursus Profesional (MICPA, ACCA dan CIMA)
Diploma Perakaunan adalah diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia sebagai sebahagian kelayakan profesional.