Diploma Perbankan
Diploma Perbankan
Dengan cabaran daripada liberalisasi dan globalisasi perniagaan hari ini, dan kesedaran kepentingan industri perbankan sebagai pengantara kewangan dan sumber utama untuk ekonomi domestik, memahami sistem perbankan Malaysia adalah amat penting. Program ini diadakan bagi membangunkan dan melatih pelajar-pelajar dalam bidang pengurusan perbankan dan kewangan.
Program ini telah diperkenalkan pada Julai 1967. Ianya telah digubal untuk melahirkan graduan yang mempunyai asas yang kuat dalam bidang pengurusan bank dan kewangan. Pada tahun akhir, prinsip dan pembangunan semasa yang dipraktikan oleh pelbagai pengurusan bank adalah ditekankan.
PENGIKTIRAFAN
Pemegang diploma layak meneruskan pengajian terus ke semester ketiga dalam Program Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan di Fakulti Pengurusan Perniagaan, UiTM. Graduan juga layak meneruskan pelajaran di universiti dalam dan luar negara.
TEMPOH PENGAJIAN
3 Tahun (sepenuh masa)
STRUKTUR PROGRAM
|
BM112 Diploma in Banking |
|||
|
Sem |
Code |
Course |
Credit hours |
|
1 |
ACC 115 |
Financial Accounting |
3 |
|
2 |
ACC 165 |
Cost Accounting |
4 |
|
3 |
FIN 262 |
Fundamentals of Finance |
4 |
|
4 |
FIN 263 |
Banking Operations |
4 |
|
5 |
MGT 300 |
Information Technology in Business |
3 |
|
6 |
FIN 329 |
Investment Management |
4 |
Graduan adalah layak untuk memohon pekerjaan sama ada sektor awam dan juga sektor swasta.
DIPLOMA PENGURUSAN BANK (sepenuh masa)
Kod UiTM : BM112
Jangkamasa: 3 tahun/6 semester
Syarat Khas Program adalah seperti di bawah:-
Lepasan SPM & setaraf
Lulus SPM & Lima (5) Subjek Kepujian
Kepujian Bahasa Melayu, Kepujian Bahasa Inggeris, Kepujian Matematik/Matematik Tambahan, Kepujian dua (2) subjek selain di atas.
Lepasan Pra Diploma UiTM
Lulus Naik Taraf (LNT) program Pra Diploma Perdagangan dari UiTM