HOME: Maklumat dan Fungsi Unit

Maklumat Dan Fungsi Unit

Bahagian ini diketuai oleh En Junaidi Bin Esahak ( Penolong Jurutera ) dengan dibantu oleh 6  orang staf sokongan. Staf sokongan di Bahagian Pengurusan Fasiliti  ( BPF ) adalah seperti berikut :

  • Seorang (1) Juruteknik Awam
  • Seorang (1) Penjaga Jentera Elektrik  / Chargeman
  • Dua ( 2 ) Tukang
  • Dua ( 2 ) Pembantu Rendah Am ( PRA )

Kesemua enam (6) orang staf sokongan ini adalah merupakan aset yang penting dan sumber kekuatan Bahagian Pengurusan Fasiliti ( BPF ) UiTM  Kampus Johor Bahru.

 

FUNGSI - FUNGSI SETIAP UNIT:

  • Awam
  • Mekanikal & Elektrikal
  • Majlis
  • Pentadbiran

Awam

* menyediakan spesifikasi dokumen sebutharga dan tender
* mengendalikan lawatan tapak
* menyemak kadar harga, dokumen dan analisa sebutharga serta dokumen projek yang diserahkan oleh perunding
* memantau perjalanan kerja seperti terkandung di dalam dokumen sebutharga dan perjalanan tempoh kacacatan

Mekanikal & Elektrikal

* memantau kualiti bekalan kuasa dan memastikan bekalan elektrik tidak terputus
* menjalankan kerja-kerja selenggaraan, kawalan dan pembaikan
* memastikan segala peralatan elektrik seperti lampu, kipas dan kerja-kerja kontraktor elektrik berjalan dengan baik
* menyediakan spesifikasi kerja elektrik dan penyediaan dokumen sebutharga
* menyelenggara sistem hawa dingin dan sistem perpaipan dalam kampus
* menyediakan spesifikasi kerja mekanikal bagi penyediaan dokumen sebutharga
* selenggara sistem pencegah kebakaran dan ‘hot and cold water dispenser’

Majlis

* menyediakan persiapan bagi aktiviti rasmi UiTM dan aktiviti pelajar
* menyelenggara segala peralatan persediaan majlis
* menyediakan inventori bagi peralatan untuk persediaan majlis
* mengendalikan peralatan majlis
* memastikan keadaan majlis terkawal

Pentadbiran

* Memastikan sistem fail mengikut prosedur UiTM dan dikemaskini serta tersusun
* Menguruskan sistem persuratan BPF
* Merekod cuti dan keluar masuk staf dan sistem e-Cuti
* Proses tuntutan kerja lebih masa staf
* Menyediakan pengesahan kerja dan pembayaran bagi setiap perkhidmatan dan pembelian barangan
* Inventori peralatan pejabat
* Mengagih laporan kerosakan