HOME: Sejarah & Pengenalan

Sejarah & Pengenalan

Perpustakaan Tun Dr Ismail (PTDIJB) cawangan Universiti Teknologi MARA, Kampus Johor Bahru mula beroperasi pada 2 Julai 2007. Perpustakaan ini terletak di aras bawah bangunan pentadbiran dan bersebelahan Dewan Kuliah 1. Ia mampu menampung sehingga 82 orang pengguna pada sesuatu masa.

Pembangunan koleksi perpustakaan dirancang untuk menyokong proses pengajaran dan pembelajaran dalam bidang perniagaan dan perakaunan. Sehingga awal 2011, koleksi perpustakaan terdiri daripada 9295 naskah buku, 102 judul koleksi serial dan pelbagai pangkalan data atas talian.

Kini PTDIJB mempunyai seramai 10 orang kakitangan diterajui oleh 2 orang pustakawan, 7 orang Pembantu Perpustakaan dan seorang Pembantu Am Pejabat.

  • Visi & Misi
  • Objektif
  • Piagam Pelanggan
  • Unit

VISI
Menjadikan perpustakaan UiTM bertaraf dunia sebagai pemangkin kesarjanaan dan kecemerlangan universiti dalam pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan yang boleh dicapai oleh pengguna secara fizikal dan maya.

MISI
Mempertingkatkan perkhidmatan perpustakaan melalui sumber dan pengurusan ilmu serta teknologi terkini bagi menyokong pembelajaran dan penyelidikan dengan penyampaian perkhidmatan yang berkualiti serta penyediaan persekitaran yang selesa dan mesra untuk seluruh warga UiTM.

OBJEKTIF

Memastikan peningkatan pinjaman buku oleh pelanggan sebanyak 3% setahun.
Meningkatkan penggunaan pangkalan data dalam talian oleh pengguna perpustakaan sebanyak 3% setahun.
Meningkatkan penggunaan Portal PTAR oleh pengguna sebanyak 70% menjelang tahun 2010.
• Meningkatkan program pendidikan pengguna sebanyak 20% setahun.
Memastikan 60% staf mendapatkan 56 jam latihan setahun.
• Meningkatkan penambahan bahan perpustakaan sebanyak 10% setahun.
• Memastikan 80% bahan yang diterima siap ‘Release for circulation'.

PIAGAM PELANGGAN

Mengambil tindakan keatas cadangan dan pesanan daripada pelanggan dalam tempoh 3 hari bekerja.
• Memastikan setiap jurnal/majalah baru boleh dirujuk dalam masa 14 hari bekerja (dari tarikh penerimaan).
• Memastikan pendaftaran pengguna Pusat IT dilakukan dalam masa 2 minit.
• Bahan segera (3 judul) siap diproses dan dihantar ke rak dalam tempoh 2 hari bekerja.
• Pinjaman dan Pemulangan buku dapat dilakukan dalam masa 20 saat bagi  setiap buku.
• Mengendalikan Program Pendidikan Pengguna bagi setiap permohonan warga UiTM.



Terdapat tujuh unit di Perpustakaan Tun Dr. Ismail (PTDI) yang dikendalikan oleh dua orang Pustakawan. Unit-unit tersebut adalah berhubung kait antara satu sama lain dalam memastikan segala kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan kepada pengguna diproses dengan bersistematik.

Unit-unit yang terdapat dalam PTDI ialah:

1. Unit Pembangunan Sumber Ilmu
Mengendalikan urusan pesanan bahan dan koleksi perpustakaan mengikut prosedur perolehan bahan yang telah ditetapkan.
2. Unit Pentadbiran
Menguruskan hal-ehwal pentadbiran perpustakaan berkenaan pengurusan umum serta program yang melibatkan perpustakaan dan kakitangan perpustakaan.
3. Unit Pembangunan Bibliografik & Pemprosesan Teknikal
Menguruskan hal ehwal pengkatalogan, pengkelasan, penetapan tajuk perkara dan melengkapkan fizikal bahan perpustakaan secara sistematik dan teratur  bagi menjamin kualiti bahan yang diproses agar capaian makluman dapat dilakukan dengan lebih berkesan oleh pelanggan perpustakaan.
4. Unit Jurnal dan Pangkalan Data
Menguruskan hal ehwal perolehan, pembelian dan pembaharuan jurnal bercetak, majalah dan suratkhabar untuk kemudahan rujukan pelanggan perpustakaan.
5. Unit Perkhidmatan Maklumat
Memberi khidmat nasihat serta panduan pengesanan bahan yang sesuai kepada pengguna bagi dalam pencarian maklumat.
6. Unit Perkhidmatan Pelanggan & Pengurusan Koleksi
Membantu pengguna dalam menggunakan perkhidmatan yang ada dalam perpustakaan dan menguruskan koleksi perpustakaan secara sistematik dan tersusun bagi membolehkan carian semula bahan secara efektif dan efisyen.
7. Unit Sistem dan Teknologi Maklumat
Memastikan sistem perpustakaan dan capaian internet di perpustakaan berjalan dengan baik.