
Pejabat Bendahari Universiti Teknologi MARA merupakan nadi utama pengurusan kewangan bagi seluruh sistem Universiti seperti mana yang termaktub di dalam Akta Institut Teknologi MARA 1973 dan ia diuruskan secara berpusat.
Pada peringkat awal penubuhan Institut Teknologi MARA, Pejabat Bendahari (pada ketika itu dipanggil Bahagian Kewangan) telah diwujudkan untuk mengendalikan urusan kewangan Institut iaitu urusan penerimaan bayaran yuran pengajian / sumbangan daripada pelajar, pembayaran elaun kepada pelajar, pembayaran gaji dan tuntutan staf, pengurusan pembelian barang / perkhidmatan / kerja, pengurusan harta dan pengurusan akaun. Semua pengurusan dibuat secara berpusat di Pejabat Bendahari, Institut Teknologi MARA, Shah Alam.
Dari tahun ke tahun selaras dengan perkembangan ITM dari Maktab RIDA dalam tahun 1956 kepada Institut Teknologi MARA dalam tahun 1967 dan seterusnya mendapat status Universiti pada 26 Ogos 1999, skop tugas Pejabat Bendahari turut diperluaskan. Keadaan ini telah membenarkan penubuhan Pejabat Bendahari di setiap Kampus Cawangan yang ditubuhkan dan Un it Kewangan Zon di UiTM Shah Alam.
Dengan hal ini, ia dapat memastikan sumber kewangan diurus tadbir dengan sebaik mungkin melalui struktur proses yang kemas dan berkesan dalam mendokong hasrat UiTM dan menjadi Universiti yang unggul.
Penolong BendahariPejabat BendahariKampus Johor Bahru, UiTM Cawangan Johor80350 Johor BahruJohor Darul Tak'zim
Tel : 07-233 6536Fax : 07-237 8767
