HOME: Pentadbiran Unit Unit Kerjaya & Kaunseling

Pengenalan

PENGENALAN KEPADA UNIT KERJAYA DAN KAUNSELING

Unit kerjaya dan kaunseling ini merupakan khidmat membantu individu dalam proses pemahaman diri, penerimaan diri, membuat perancangan masa depan dan mampu menguruskan halangan yang mengganggu diri dan persekitaran di samping bimbingan cara penyelesaian masalah yang dihadapi. Oleh itu proses perhubungan ini berdasarkan kepada prinsip-prinsip psikologi mengikut kod etika kaunseling yang ditetapkan.

SEJARAH PENUBUHAN


Unit Kerjaya dan Kaunseling Universiti Teknologi MARA Kampus Bandaraya Johor Bahru mula ditubuhkan pada Julai 2007 selaras dengan penubuhan UiTM Kampus Bandaraya Johor Bahru dan mula beroperasi pada 18 Februari 2008 setelah kehadiran staf yang menjawat jawatan pegawai psikologi. Pegawai Psikologi / kaunselor pertama yang menjawat jawatan ini adalah Puan Zainab ‘Izzah Binti Mahmud. Unit ini merupakan sebahagian daripada Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni yang terletak di tingkat bawah Pejabat Pentadbiran.

VISI

Melahirkan individu dan mahasiswa unggul yang menjadi aset Negara dalam pelbagai bidang

MISI

Melahirkan individu dan mahasiswa yang berpersonaliti unggul, seimbang dari segi Kognitif (IQ), Afektif (EQ) dan Kerohanian (SQ)