
Unit Teknologi Maklumat bermula dengan seorang juruteknik komputer pada awal penubuhan kampus iaitu Julai 2007. Memberikan perkhidmatan sokongan kepada seluruh warga kampus termasuk dua (2) buah makmal komputer dan satu (1) makmal bahasa bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran. Sehingga kini, Unit Teknologi Maklumat telah berkembang kepada lima (5) orang staf, iaitu seorang Pegawai Teknologi Maklumat, seorang Penolong Pegawai Teknologi Maklumat, dua orang Juruteknik Komputer dan seorang Juruteknik Audio Visual.
Antara perkhidmatan yang diberikan meliputi perkhidmatan emel staf, rangkaian internet, internet tanpa wayar, peminjaman peralatan ICT, peminjaman peralatan audio visual, menyelenggara peralatan ICT dan menganjurkan latihan ICT kepada staf dan juga pelajar. Selain itu, unit ini juga menyediakan perkhidmatan mencetak kepada pelajar dan staf.
Unit Teknologi Maklumat
Kampus Johor Bahru
Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor
Jalan Heman, Kampung Aman
80350 Johor Bahru
Johor Darul Takzim
