Antara program yang ditawarkan dibawah Jabatan Pengurusan Dan Perniagaan ialah:
Diploma Pengurusan Perniagaan (BM111), Diploma Pengurusan Perniagaan (Pengangkutan) BM117, Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Pemasaran (BM 220)
Keadaan ekonomi dan perubahan global yang mencabar pada hari ini amat memerlukan bidang kepakaran yang sangat luas berkaitan dunia perniagaan. Oleh yang demikian, Jabatan Pengurusan & Perniagaan menawarkan dua program Diploma dan satu program Ijazah Sarjana Muda bagi melengkapkan diri pelajar dengan keperluan dan kehendak pasaran.
Visi
-
Untuk menjadi Fakulti Pengurusan dan Perniagaan yang terbaik di Malaysia serta diiktiraf di peringkat antarabangsa dari segi profesionalisma didalam pendidikan, latihan, kajian dan khidmat perundingan.
Misi
Fakulti Pengurusan dan Perniagaan akan mencapai kecemerlangan akademik dengan berasaskan budaya kerja yang berkualiti melalui:
- Penyediaan pelbagai kursus yang memenuhi kehendak industri dan negara
- Pembangunan sumber manusia yang efektif dalam melaksanakan kajian-kajian yang dikenali diperingkat antarabangsa serta khidmat perundingan.
- Melahirkan graduan yang profesional dan kompetitif dalam memenuhi kehendak pasaran dan industri melalui budaya pembelajaran yang cemerlang.




