Ketua Pusat Pengajian Fakulti Perakaunan
![]() |
YM DR RAJA ADZRIN BINTI YM RAJA AHMAD Ketua Pusat Pengajian Fakulti Perakaunan Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor KM12, Jalan Muar, 85009, Segamat, Johor, Malaysia Email: This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it Phone No : 07-9352302 Fax No : 07-9352288 |
Ketua Program AC110 dan AC220
![]() |
CIK HENNY HAZLIZA BINTI MOHD TAHIR Ketua Program Diploma Perakaunan (AC110) & Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian) (AC220) Fakulti Perakaunan Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor KM12, Jalan Muar, 85009, Segamat, Johor, Malaysia Email: This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it Phone No : 07-9352304 Fax No : 07-9352288 |
Fakulti Perakaunan UiTM Cawangan Johor ditubuhkan pada Disember 1983 di Bukit Siput, Segamat. Lokasinya kemudian berubah ke Segamat Baru, Segamat sebelum berpindah secara tetap ke lokasi sekarang di KM12, Jalan Muar, Segamat, Johor.
Fakulti Perakaunan UiTM Cawangan Johor menawarkan dua program program pengajian di peringkat diploma iaitu Diploma Perakaunan (AC110) dan peringkat ijazah iaitu Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian) (AC220).
Program Diploma Perakaunan (AC110) dijalankan di Kampus Segamat dengan kapasiti pelajar seramai 1,200 orang manakala di Kampus Bandaraya Johor Bahru dengan bilangan pelajar sebanyak 400 orang. Bagi Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian), program hanya ditawarkan di Kampus Segamat dengan kapasiti pelajar seramai 300 orang.
Visi Fakulti Perakaunan
Menjadi sumber rujukan utama dan pemangkin dalam profesion perakaunan.
Misi Fakulti Perakaunan
1) Pengajaran dan Pembelajaran
Melahir dan menghasilkan akauntan profesional yang kompeten dan dapat menyumbang kepada profesion perakaunan dan masyarakat. Pendidikan dan pengalaman yang diberikan melalui pelan pengajian akan menjadi teras kepada pengetahuan, kemahiran, profesionalisme dan nilai etika untuk membolehkan graduan perakaunan menyesuaikan diri dengan kehidupan sebagai seorang profesional.
2) Penyelidikan dan Perundingan
Memberikan nilai tambah kepada aktiviti pengajaran dan pembelajaran, meningkat kemahiran dan profil profesional dengan menjadikan penyelidikan sebagai sebahagian daripada budaya kerja.
Objektif Kualiti Akademik Fakulti Perakaunan UiTM Cawangan Johor
1) Memastikan sekurang-kurangnya 50% pelajar mencapai PNGK 3.00 setiap semester.
2) Memastikan sekurang-kurangnya 70% pelajar bergraduat mengikut pelan pengajian pada masa yang ditetapkan.






