HOME: Diploma Pengajian Perniagaan

Program Diploma Pengajian Perniagaan (BM111)

E-mail Print PDF


Keadaan ekonomi dan perubahan global yang mencabar pada hari ini amat memerlukan bidang kepakaran yang sangat luas berkaitan dunia perniagaan. Oleh yang demikian, Jabatan Pengurusan & Perniagaan  menawarkan program Diploma Pengajian Perniagaan BM111.  Program ini telah mula diperkenalkan sekitar tahun 1963.  Di sepanjang 6 semester pengajian Program Diploma Pengurusan Pernigaan  ini para siswazah akan didedahkan dengan pelbagai  kod subjek yang relevan dengan kehendak pasaran pekerjaan. Untuk menambah nilai pada program diploma ini, subjek dari pelbagai jurusan perniagaan juga ditawarkan kepada pelajar.

Pengiktirafan

Siswazah Diploma Pengajian Perniagan Perniagaan (BM111) yang telah tamat pengajian, boleh meneruskan pengajian di semester ke tiga  Peringkat Ijazah Sarjana Muda  di  Universiti Teknologi Mara di bawah Fakulti Pengurusan Perniagaan. Siswazah juga boleh melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi di mana- mana institusi pengajian sama ada di dalam mahupun di luar negara.

Jangkamasa Pengajian
3 tahun (sepenuh masa)

Penilaian
Penilaian  keatas calon akan dilaksanakan berdasarkan penilaian secara berterusan iaitu melalui ujian, kerja kursus secara individu dan kumpulan, pembentangan , penglibatan di dalam kelas, lawatan ke tempat tempat perindustrian, seminar dan ujian akhir universiti.

Syarat kemasukan

Lulus SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya lima (5) kredit bagi Bahasa Melayu, Matematik dan tiga (3) subjek lain. Calon mestilah sekurang-kurangnya lulus Bahasa Melayu.

Kampus yang menawarkan

Program ini ditawarkan di kampus Segamat dan Kota Kinabalu Sabah.

Tahun1 dan Tahun 2

(Semester 1 hingga Semester 4)

Dua tahu pertama pengajian, pelajar akan didedahkan dengan pelbagai jurusan bidang perniagaan dan pengangkutan. Diantara subjek fundamental yang diperkenalkan kepada para pelajar adalah seperti berikut:

3 subjek kursus fundamental perniagaan : Management, Marketing and Finance,
3 subjek ekonomi: Microeconomics, Macroeconomics and Malaysian Economics
2 subjek akaun : Financial Accounting and Cost Accounting
2 subjek kuantitatif : Business Mathematics and Introduction to Statistics
1 subjek perundangan: Business Law

Untuk melengkapkan lagi kualiti diri siswazah kelulusan UiTM, para pelajar akan didedahkan dengan subjek berikut:

Computer & Information Processing
Business Communication
English dan Bahasa Ketiga
Pengajian Islan
Aktiviti Kokurikulum

Tahun 3

(Semester 5 & Semester 6)

Ditahun terakhir, para pelajar akan mengambil 3 lagi subjek fakulti Pengurusan Dan Perniagaan.Antaranya ialah: Human Resource Management, Information Technology in Business and Business Development. Selain itu para pelajar juga diberikan pilihan untuk membuat pilihan kepada subjek berikut: Investment Management, Organizational Behavior, Operations Management, Principles of Public Relations, Introduction to International Business, Fundamentals of Insurance and Fundamentals of Transport.


Graduan Diploma dan Ijazah Sarjana Muda UiTM mempunyai peluang yang luas untuk menceburi alam pekerjaan di dalam pelbagai syarikat swasta mahupun kerajaan dibahagian pentadbiran dan pengurusan.