HOME: Diploma Pengajian Perniagaan (Pengangkutan)

Diploma Pengajian Perniagaan (Pengangkutan) BM117

E-mail Print PDF

Jabatan Pengurusan Dan Perniagaan merupakan Jabatan yang digabung dengan Jabatan Pengangkutan.  Secara keseluruhannya sebanyak 6 program diploma yang telah ditawarkan kepada para siswazah. Akan tetapi hanya dua program diploma dan 1 program ijazah sahaja yang ditawarkan di kampus cawangan Segamat.  Antara program yang ditawarkan adalah seperti berikut:

Diploma Pengajian Pernigaan (BM111) ,Diploma Pengajian Perniagaan (Pengangkutan) (BM117), dan Ijazah Sarjana Muda Kepujian Pemasaran (BBA 220)


Keadaan ekonomi dan perubahan global yang mencabar pada hari ini amat memerlukan bidang kepakaran yang sangat luas berkaitan dunia perniagaan. Oleh yang demikian, Jabatan Pengurusan & Perniagaan bukan sahaja menawarkan program Diploma Pengajian Pernigaan malah antara program diploma lain yang ditawarkan dibawah Jabatan Pengurusan Perniagaan ialah Diploma Pengajian Perniagaan (Pengangkutan) BM117.  Program ini telah mula diperkenalkan pada bulan November 2011. Pada asalnya program ini diadaptasikan daripada program Diploma Pengajian Perniagaan yang telah mula diperkenalkan pada sekitar tahun 1963. Program Diploma Pengajian Perniagaan ini juga diwujudkan bagi memantapkan lagi tahap persediaan pelajar bagi program Ijazah Sarjana Muda Pengangkutan. Di sepanjang 6 semester pengajian program Diploma Pengurusan Pernigaan Pengangkutan ini para siswazah akan didedahkan dengan pelbagai  kod subjek yang relevan dengan kehendak pasaran pekerjaan. Untuk menambah nilai pada program diploma ini, subjek dari jurusan perniagaan juga ditawarkan kepada pelajar.

Pengiktirafan

Siswazah Diploma Pengajian Perniagan Pengangkutan (BM117) yang telah tamat pengajian, boleh meneruskan pengajian di semester ke tiga  Peringkat Ijazah Sarjana Muda Kepujian Pengangkutan, BBA (Transport) di  Universiti Teknologi Mara di bawah Fakulti Pengurusan Perniagaan. Siswazah juga boleh melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi di mana- mana institusi pengajian sama ada di dalam mahupun di luar negara.

Jangkasamsa Pengajian
3 tahun (sepenuh masa)

Penilaian
Penilaian  keatas calon akan dilaksanakan berdasarkan penilaina secara berterusan iaitu melalui ujian, kerja kursus secara individu dan kumpulan, pembentangan, penglibatan di dalam kelas, lawatan ke tempat tempat perindustrian, seminar dan ujian akhir universiti.

Syarat kemasukan

Lulus SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya lima (5) kredit bagi Bahasa Melayu, Matematik dan tiga (3) subjek lain. Calon mestilah sekurang-kurangnya lulus Bahasa Melayu.

Kampus yang menawarkan

Program ini ditawarkan di kampus Segamat dan Kota Kinabalu Sabah.

Semester 1 hingga Semester 4

Dua tahu  pertama pengajian, pelajar akan didedahkan dengan pelbagai jurusan bidang perniagaan dan pengangkutan. Diantara subjek fundamental  yang diperkenalkan kepada para pelajar adalah seperti berikut:

3 subjek kursus fundamental perniagaan :  Management, Marketing and Finance,
3 subjek ekonomi: Microeconomics, Macroeconomics and Malaysian Economics
2 subjek akaun : Financial Accounting and Cost Accounting
2 subjek kuantitatif : Business Mathematics and Introduction to Statistics
1 subjek perundangan: Business Law

Para pelajar akan diperkenalkan kepada subjek pengangkutan pada semester ke 2.Antara subjek yang ditawarkan ialah:

Introduction To Transport 
Principles and Practices in Transport
Introduction to Transport Economics

Untuk melengkapkan lagi kualiti diri siswazah kelulusan UiTM, para pelajar akan didedahkan dengan subjek berikut: 

Computer & Information Processing
Business Communication
English dan Bahasa Ketiga 
Pengajian Islan 
Aktiviti Kokurikulum

Semester 5 & Semester 6

Ditahun terakhir, para pelajar akan mengambil 3 lagi subjek fakulti Pengurusan Dan Perniagaan.Antaranya ialah:  Human Resource Management, Information Technology in Business and Business Development. Selain itu para pelajar juga diberikan pilihan untuk membuat pilihan kepada subjek berikut: Investment Management, Organizational Behavior, Operations Management, Principles of Public Relations, Introduction to International Business, Principles and Practice of Selling, Research Methodology dan  Fundamentals of Insurance.

Antara subjek pengangkutan yang ditawarkan kepada pelajar tahun akihr ialah:

Business Logistics
Transport Society and Environment
Corporate Strategy and Policy in Transport
Transport and Tourism


Graduan Diploma Pengajian Perniagaan Dan Pengangkutan mempunyai peluang yang luas untuk menceburi bidang pengangkutan dan logistik. Selain itu pelajar juga boleh menceburi bidang pekerjaan seperti di Jabatan  Perancang Bandar dan Desa.