
PENGENALAN
Program MDAB ini telah bermula sejak dua tahun yang lalu dan ianya adalah dibawah naugan YAB Perdana Menteri. Syarat minima yang ditetapkan ternyata telah membuka lebih banyak peluang kepada pelajar-pelajar miskin Bumiputera yang tercicir dalam arus pendidikan yang kian maju pada masa kini. Permohonan adalah dipelawa daripada calon seperti kriteria berikut:
- Bumiputera Warganegara Malaysia.
- Jumlah pendapatan ibubapa (gaji kasar) di bawah RM2,000 sebulan.
| Program | Syarat Kelayakan Am | Syarat Khas Program |
|---|---|---|
| PD002 Pra-Perdagangan |
LULUS Sijil Perlajaran Malaysia (SPM) atau yang diiktiraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dengan mendapat minima TIGA (3) KREDIT termasuk Bahasa Melayu | LULUS Matematik/Matematik Tambahan dan LULUS Bahasa Inggeris |
| Program & Tempoh pengajian | Info Program | Peluang Melanjutkan Pengajian |
|---|---|---|
|
PD002 Pra-Perdagangan 1 semester / 6 bulan |
Program ini memberi tumpuan kepada asas Bahasa Inggeris dan Matematik | Setelah tamat program ini, calon-calon yang lulus boleh melanjutkan pengajian ke program diploma yang ditawarkan oleh fakulti di UiTM seperti di Fakulti Perakaunan, Fakulti Pengurusan Perniagaan, Fakulti Sains Pentadbiran dan Polisi, Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan, Fakulti Pengurusan Pejabat, Fakulti Pengurusan Maklumat, fakulti Seni Lukis & Seni Reka, Fakulti Komunikasi & Pengajian Media dan Fakulti Sains Sukan & Rekreasi. |
PERMOHONAN
Permohonan hendaklah dibuat di dalam borang Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB) yang boleh di boleh dimuat turun di sini:
Muat turun borang pendaftaran
Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dimajukan sendiri atau dihantar ke alamat berikut:
Unit Mengubah Destini Anak Bangsa
d/a Unit Komunikasi Korporat & Media
Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor
KM12, Jalan Muar
Segamat 85000
Johor Darul Takzim



