KAMPUS JOHOR BAHRU
Penubuhan Kampus Johor Bahru bermula pada akhir tahun 1990an bagi memenuhi permintaan kaum Bumiputera di negeri Johor yang ingin menyambung pengajian secara separuh masa. dengan menawarkan program PJJ yang dijalankan pada hujung minggu. Pada tahun 2000 program pasca ijazah pula telah diperkenalkan. Sehingga kini program peringkat diploma secara sepenuh masa turut ditawarkan di Kampus Johor Bahru.