PEJABAT REKTOR
|
|
PROF. MADYA DR. HJ. OMAR BIN SAMAT REKTOR Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor KM12, Jalan Muar, 85009, Segamat, Johor, Malaysia Email: This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it Phone No : 07-9352222 Fax No : 07-9352277 |
Saya mengucapkan selamat datang ke laman web Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor. Semoga laman web ini dapat memberikan maklumat yang berguna untuk anda.
Semenjak saya dilantik menjadi Rektor pada tahun 2010, saya telah melihat komitmen dan usaha berterusan warga UiTM Cawangan Johor dalam merealisasikan visi kami untuk menjadi sebuah universiti unggul dalam bidang pengurusan dan perniagaan yang berteraskan budaya kesarjanaan dan keusahawanan bagi melahirkan graduan yang berdaya saing. Pendek kata, pihak kami amat komited dalam memberikan perkhidmatan pengajaran dan pembelajaran yang holistik dan cemerlang. Disamping itu, UiTM Cawangan Johor juga terlibat dalam pelbagai aktiviti berkaitan inovasi dan kreativiti disamping penekanan dalam bidang penyelidikan. Ini penting bagi memastikan perkhidmatan pendidikan yang diberikan sentiasa relevan dan berkualiti.
Selain daripada itu, UiTM Cawangan Johor amat berbangga kerana dapat menyediakan infrastruktur dan pembelajaran dengan teknologi terkini yang terbaik kepada para pelajar. Di UiTM Cawangan Johor, sebanyak 2 program ijazah sarjana, 5 program ijazah sarjana muda dan 8 program diploma ditawarkan di Kampus Segamat dan Kampus Johor Bahru. Disamping itu, kami juga ada menawarkan program pra-diploma perdagangan menerusi program Mengubah Destini Anak Bangsa.
Akhir kata, kami mengalu-alukan kedatangan anda ke UiTM Cawangan Johor, dan kami janjikan anda pengalaman pendidikan yang istimewa bersama kami.
PROF. MADYA DR. HJ. OMAR BIN SAMAT
REKTOR




