HOME: Program ditawarkan

Program yang ditawarkan

E-mail Print PDF

Pengenalan

Program Diploma Analisis Pelaburan merupakan salah satu program di bawah Fakulti Perniagaan dan Pengurusan yang ditawarkan di UiTM Johor, untuk melatih bumiputera dalam bidang kewangan dan pelaburan. Pada tahun pertama dan kedua, pelajar didedahkan kepada konsep-konsep asas pengurusan dan perniagaan. Tahun ketiga pula, penekanan diberikan kepada prinsip-prinsip dan perkembangan semasa yang menjadi amalan pelaburan institusi kewangan di Malaysia.

Program ini direka khas untuk melatih dan memberikan pendedahan yang sewajarnya kepada para graduan mengenai konsep pelaburan yang semakin kritikal. Program ini juga akan memberikan pemdedahan yang luas mengenai dunia pelaburan yang sebenar melalui pembelajaran dan kerja kursus. Program ini membuka peluang kepada Bumiputera lulusan Diploma dari UiTM atau mana-mana institusi yang setaraf dengannya bagi meningkatkan kemahiran dalam bidang pelaburan di peringkat profesional.

Objektif

Objektif program ini telah dirangka untuk melahirkan graduan yang terlatih dan berdisiplin serta membentuk kebolehan, kemahiran dan membuat keputusan khususnya dalam bidang pelaburan dan kewangan. Struktur program ini mengambil masa tiga (3) tahun sepenuh masa dan memerlukan 96 hingga 98 jam kredit untuk dikurniakan diploma. Kursus-kursus dalam program ini dijalankan secara kuliah dan tutorial yang memerlukan penglibatan secara langsung oleh pelajar untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran.

Jangkamasa Pengajian
Tiga tahun (Sepenuh masa)

Pengambilan
Pengambilan Pelajar untuk program ini adalah dua kali setahun .Permohonan boleh dibuat melalui :

1. Unit Pusat Universiti (UPU)
2. Secara online di Universiti Teknologi MARA

Penilaian
Penilaian  keatas calon akan dilaksanakan berdasarkan penilaian secara berterusan iaitu melalui ujian, kerja kursus secara individu dan kumpulan, pembentangan , penglibatan di dalam kelas, lawatan ke tempat tempat perindustrian, seminar dan ujian akhir universiti.

Syarat Kemasukan
Lepasan SPM:Lulus SPM atau kredit Bahasa Inggeris, Matematik dan Bahasa Melayu.
Lepasan STPM: lulus kertas Am dan lulus dua subjek  dengan CGPA 2.67 termasuk Perkauanan / Ekonomi / Perniagaan
Telah mengambil  MUET

Syarat Khas Graduan Diploma:

Lulus diploma UiTM atau mana mana institusi yang diktiraf kerajaan dengan syarat minima CGPA 2.60. Calon yang tidak menepati syarat layak kemasukkan akan dipertimbangkan dengan syarat telah mempunyai pengalaman berkerja selama 2 tahun.
Telah mengambil MUET

Pelan Pengajian

Pelan Pengajian Diploma Analisa Pelaburan

Peluang Perkerjaan

Siswazah Diploma Analisa Pelaburan (BM114) yang telah tamat pengajian, boleh meneruskan pengajian di semester ke tiga  Peringkat Ijazah Sarjana Muda  di  Universiti Teknologi Mara di bawah Fakulti Pengurusan Perniagaan. Siswazah juga boleh melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi di mana- mana institusi pengajian sama ada di dalam mahupun di luar negara.

Pengenalan

Program Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Kewangan merupakan salah satu program di bawah Fakulti Perniagaan dan Pengurusan yang ditawarkan di UiTM Johor, untuk melatih bumiputera dalam bidang kewangan dan pelaburan. Pada tahun pertama dan kedua, pelajar didedahkan kepada konsep-konsep asas pengurusan dan perniagaan. Tahun ketiga pula, penekanan diberikan kepada prinsip-prinsip dan perkembangan semasa yang menjadi amalan pelaburan institusi kewangan di Malaysia.

Program ini direka khas untuk melatih dan memberikan pendedahan yang sewajarnya kepada para graduan mengenai konsep kewangan yang semakin kritikal. Program ini juga akan memberikan pendedahan yang luas mengenai institusi kewangan yang sebenar melalui pembelajaran dan kerja kursus. Program ini membuka peluang kepada Bumiputera lulusan Diploma dari UiTM atau mana-mana institusi yang setaraf dengannya bagi meningkatkan kemahiran dalam bidang pelaburan di peringkat profesional. Pelajar juga diberi peluang untuk menjalankan latihan praktikal pada semester terakhir program ini.

Objektif

Objektif program ini telah dirangka untuk melahirkan graduan yang terlatih dan berdisiplin serta membentuk kebolehan, kemahiran dan membuat keputusan khususnya dalam bidang pelaburan dan kewangan. Struktur program ini mengambil masa tiga (3) tahun sepenuh masa. Kursus-kursus dalam program ini dijalankan secara kuliah dan amali yang memerlukan penglibatan secara langsung oleh pelajar untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran.

Jangkamasa Pengajian
Tiga tahun (Sepenuh masa)

Pengambilan
Pengambilan Pelajar untuk program ini adalah dua kali setahun .Permohonan boleh dibuat melalui :

1. Unit Pusat Universiti (UPU)
2. Secara online di Universiti Teknologi MARA

Penilaian
Penilaian  keatas calon akan dilaksanakan berdasarkan penilaian secara berterusan iaitu melalui ujian, kerja kursus secara individu dan kumpulan, pembentangan , penglibatan di dalam kelas, lawatan ke tempat tempat perindustrian, seminar dan ujian akhir universiti.

Syarat Kemasukan
Lepasan Diploma UiTM dan setaraf.
Lepasan STPM: lulus kertas Am dan lulus dua subjek  dengan CGPA 2.67 termasuk Perkauanan / Ekonomi / Perniagaan
Telah mengambil  MUET

Syarat Khas Graduan Diploma:

Lulus diploma UiTM atau mana mana institusi yang diktiraf kerajaan dengan syarat minima CGPA 2.70. Calon yang tidak menepati syarat layak kemasukkan akan dipertimbangkan dengan syarat telah mempunyai pengalaman berkerja selama 2 tahun.
Telah mengambil MUET.

Pelan Pengajian

Pelan Pengajian Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Kewangan

Peluang Perkerjaan

Siswazah Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Kewangan yang telah tamat pengajian, boleh melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi di mana- mana institusi pengajian sama ada di dalam mahupun di luar negara. Siswazah juga berpeluang mendapat peluang pekerjaan di dalam bidang kewangan, institusi kewangan, perbankan, pelaburan dan sebagainya.

Pengenalan

Program Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Perbankan Islam) adalah program 2 hingga 3 tahun yang direka khusus untuk mereka yang berminat dalam bidang kewangan secara Islam. Program Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Perbankan Islam merupakan salah satu program di bawah Fakulti Perniagaan dan Pengurusan yang ditawarkan di UiTM Johor, untuk melatih bumiputera dalam bidang kewangan dan perbankan Islam. Pada tahun pertama dan kedua, pelajar didedahkan kepada konsep-konsep asas pengurusan dan perniagaan. Tahun ketiga pula, penekanan diberikan kepada prinsip-prinsip perbankan Islam dan perkembangan semasa yang menjadi amalan pelaburan institusi kewangan Islam di Malaysia.

Program ini direka khas untuk melatih dan memberikan pendedahan yang sewajarnya kepada para graduan mengenai konsep perbankan Islam yang semakin kritikal. Program ini juga akan memberikan pendedahan yang luas mengenai institusi kewangan yang sebenar melalui pembelajaran dan kerja kursus. Program ini membuka peluang kepada Bumiputera lulusan Diploma dari UiTM atau mana-mana institusi yang setaraf dengannya bagi meningkatkan kemahiran dalam bidang pelaburan di peringkat profesional. Pelajar juga diberi peluang untuk menjalankan latihan praktikal pada semester terakhir program ini.

Objektif

Program ini membuka peluang kepada Bumiputera lulusan Diploma dari UiTM atau mana-mana institusi yang setaraf dengannya bagi meningkatkan kemahiran dalam bidang kewangan secara Islam di peringkat profesional.

Objektif program ini telah dirangka untuk melahirkan graduan yang terlatih dan berdisiplin serta membentuk kebolehan, kemahiran dan membuat keputusan khususnya dalam bidang kewangan dan perbankan Islam. Struktur program ini mengambil masa tiga (3) tahun sepenuh masa. Kursus-kursus dalam program ini dijalankan secara kuliah dan amali yang memerlukan penglibatan secara langsung oleh pelajar untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran.

Jangkamasa Pengajian
Tiga tahun (Sepenuh masa)

Pengambilan
Pengambilan Pelajar untuk program ini adalah dua kali setahun .Permohonan boleh dibuat melalui :

1. Unit Pusat Universiti (UPU)
2. Secara online di Universiti Teknologi MARA

Penilaian
Penilaian  keatas calon akan dilaksanakan berdasarkan penilaian secara berterusan iaitu melalui ujian, kerja kursus secara individu dan kumpulan, pembentangan , penglibatan di dalam kelas, lawatan ke tempat tempat perindustrian, seminar dan ujian akhir universiti.

Syarat Kemasukan
Lepasan Diploma UiTM dan setaraf.
Lepasan STPM: lulus kertas Am dan lulus dua subjek  dengan CGPA 2.67 termasuk Perkauanan / Ekonomi / Perniagaan
Telah mengambil  MUET

Syarat Khas Graduan Diploma:

Lulus diploma UiTM atau mana mana institusi yang diktiraf kerajaan dengan syarat minima CGPA 2.70. Calon yang tidak menepati syarat layak kemasukkan akan dipertimbangkan dengan syarat telah mempunyai pengalaman berkerja selama 2 tahun.
Telah mengambil MUET.

Pelan Pengajian

Pelan Pengajian Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Perbankan Islam

Peluang Perkerjaan

Siswazah Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Perbankan Islam yang telah tamat pengajian, boleh melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi di mana- mana institusi pengajian sama ada di dalam mahupun di luar negara. Siswazah juga berpeluang mendapat peluang pekerjaan di dalam bidang kewangan, institusi kewangan, perbankan Islam, pelaburan dan sebagainya.