PUSAT PENGAJIAN | SISWAZAH

Pengenalan
Semenjak penubuhannya pada tahun 1983, UiTM Cawangan Johor terus berkembang pesat bagi memenuhi tanggungjawab sebagai kampus UiTM Negeri dan sentiasa berdaya saing sebaris dengan universiti-universiti lain. Sehubungan ini, Pusat Pengajian Siswazah (PPS) UiTM Cawangan Johor berperanan dalam meningkatkan kesarjanaan ilmu demi pembangunan modal insan yang kreatif dan inovatif. Pusat Pengajian Siswazah (PPS) UiTM Cawangan Johor antara lainnya bertanggungjawab di dalam urusan promosi, pemilihan dan pendaftaran pelajar serta penyelarasan operasi akademik di peringkat pengajian pasca ijazah. Di samping itu juga, berdasarkan kepakaran akademik serta kemudahan prasarana dan sarana yang terdapat di UiTM Cawangan Johor, Pusat Pengajian Siswazah (PPS) UiTM Cawangan Johor bertanggungjawab mengenengahkan potensi UiTM Cawangan Johor sebagai hub pengajian pasca ijazah setempat.

FUNGSI UTAMA

  • Menjadi pusat pentadbiran dan pengurusan pengajian siswazah untuk UiTM Cawangan Johor.
  • Membangunkan sistem pentadbiran siswazah UiTM Cawangan Johor yang kukuh dan bersepadu untuk meningkatkan kecekapan pengurusan dan perkhidmatan.
  • Meningkatkan peluang kepada para profesional dalam merealisasikan pendidikan ke tahap yang lebih tinggi.
  • Memastikan kualiti kesarjanaan terpelihara dan terus cemerlang untuk semua pengajian siswazah di UiTM Cawangan Johor.
  • Menyelaraskan pengurusan dan pentadbiran program-program siswazah di semua fakulti di UiTM Cawangan Johor.

Pautan Senarai Pakar

Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor
Kampus Segamat
Jalan Universiti Off Km. 12 Jalan Muar
85000 Segamat
Johor Darul Ta'zim, MALAYSIA
No. Tel: 07-935 2000 | No. Fax : 07-935 2277 

Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang
Jalan Purnama, Bandar Seri Alam
81750 Masai
Johor Darul Ta'zim, MALAYSIA

No. Tel: 07-381 8000 | No. Fax : 07-381 8141



 


Pejabat Komunikasi Korporat
korporatjohor@uitm.edu.my


Tel: 607 935 2358
Fax : 607 935 2001