Pengajian Kejuruteraan Elektrik UiTM Johor Kampus Pasir Gudang menawarkan tiga (3) program akademik di peringkat diploma dan ijazah iaitu:
Sila KLIK SINI untuk Plan ID/Program Kurikulum/Pelan Pengajian, CEEE111 - Diploma Kejuruteraan Elektrik (Elektronik)
Sila KLIK SINI untuk Plan ID/Program Kurikulum/Pelan Pengajian, CEEE112 - Diploma Kejuruteraan Elektrik (Kuasa)
Sila KLIK SINI untuk Plan ID/Program Kurikulum/Pelan Pengajian, CEEE270 - Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan (Pendigitalan & Automasi) Dengan Kepujian (Brosur CEEE270)
Graduan dari ketiga-tiga program ini berpeluang untuk meneroka kerjaya dalam sektor kerajaan atau sektor swasta.
Bagi graduan program CEEE111, mereka berpeluang untuk berkerja di pelbagai sektor industri antaranya industri elektronik, industri telekomunikasi dan industri komputer. Antara syarikat-syarikat yang menawarkan peluang pekerjaan adalah Intel, Motorola, Agilent, Siltera, Maxis, Celcom, TM, Digi dan lain-lain.
Bagi graduan program CEEE112, mereka berpeluang untuk bekerja dengan syarikat seperti TNB dan IPP (Independant Power Provider) seperti Malakoff. Graduan dari program CEEE112 dapat menyumbang kepada kekurangan tenaga pakar di dalam bidang industri tenaga dan kuasa di Malaysia.
Bagi graduan program CEEE270, peluang kerjaya boleh didapati dalam pelbagai sektor terutama sekali kejuruteraan automasi, kejuruteraan robotik, pakar IoT, profesional keselamatan siber dan perunding kilang pintar.