PENGAJIAN | KEJURUTERAAN KIMIA
UiTM Cawangan Johor (UiTMCJ) Kampus Pasir Gudang (UiTMCJ KPG) merupakan kampus kedua di UiTM Cawangan Johor selain Kampus Segamat. Pada mulanya, terdapat Kampus Bandaraya yang terletak di Larkin, Johor Bahru dan akhirnya dipindahkan ke Bandar Seri Alam dan dikenali sebagai Kampus Pasir Gudang (UiTM PG). UiTM PG merupakan kampus yang dibangunkan secara Private Finance Initiative (PFI). Kampus ini bukan sahaja sebuah kampus yang sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran (P&P), malah kedudukannya adalah strategik di Bandar Seri Alam yang dikenali sebagai City of Knowledge yang terletak di kawasan wilayah Pembangunan Iskandar. UiTMCJ KPG mula beroperasi pada 1 Mei 2014 dengan keluasan tanah 76 ekar dan majlis penyerahan kunci telah diadakan pada 3 Febuari 2014.
Dalam usaha untuk melahirkan graduan EH110 yang berdaya saing dan holistik mutunya, FKK menggunakan pendekatan dalam penyampaian pendidikan berdasarkan acuan Outcome Based Education (OBE), selaras dengan kehendak Malaysian Qualification Accreditation (MQA). Antara kaedah pengajaran dan pembelajaran yang efektif yang diamalkan adalah syarahan dan tutorial, perbincangan, latihan dalam makmal, latihan industri, lawatan akademik, ceramah dan kajian kes. Selain itu, penggunaan aplikasi sistem ilearn yang diamalkan bagi memudahkan proses P&P tanpa sempadan masa dan lokasi. Terdapat juga beberapa kod kursus yang menjalankan pembelajaran secara Blended Learning. Fasiliti yang disediakan adalah yang terbaik dari segi prasarana yang lengkap dengan teknologi terkini. Perkhidmatan keselamatan juga sentiasa dititik-beratkan demi menjamin keselamatan pelajar dan staf.
Ciri istimewa budaya yang diamalkan oleh FKK adalah selari dengan Budaya Perdana UiTMCJ. Budaya Perdana ini bermotifkan untuk melahirkan warga FKK yang komited dan selari dengan hala tuju UiTMCJ dalam merealisasikan visi, misi dan objektif kualiti UiTMCJ KPG khasnya dan UiTMCJ amnya. Dalam usaha mendokong aspirasi berikut, penerapan moto “Usaha, Taqwa dan Mulia” sentiasa di semat dan dijadikan amalan warga UiTM. Staf FKK terdiri daripada staf akademik dan staf bukan akademik. Sehingga kini, FKK mempunyai 20 orang Pensyarah, 2 orang Penolong Pegawai Sains, dan 2 orang Penolong Jurutera. Kesemua staf FKK ini boleh dihubungi melalui telefon dan e-mel seperti di direktori staf.
* Untuk maklumat lanjut sila layari Laman Web Rasmi.

EN. AZMI BIN ROSLAN
Ketua Pusat Pengajian, Kampus Pasir Gudang Emel:azmiroslan@uitm.edu.my Tel: 07-381 8540