UNIT | STRATEGIK & TRANSFORMASI UNIVERSITI
Unit Strategik dan Transformasi Universiti (USTU) adalah satu unit yang dirangka bagi memantapkan perancangan dan perlaksanaan pelan strategik kampus. Unit yang pernah dikenali sebagai Unit Perancangan Strategik dahulunya, merupakan unit yang bernaung di bawah Pejabat Rektor. Dasar utamanya adalah sebagai perantaraan antara Bahagian Transformasi Universiti (BTU) dan Universiti Teknologi Mara Cawangan Johor (UiTMCJ). Segala maklumat yang berkaitan dengan strategik dan transformasi universiti yang disalurkan oleh BTU akan disampaikan oleh unit ini kepada UiTMCJ. Unit ini juga bertanggungjawab dalam memantau pencapaian petunjuk prestasi UiTMCJ sepertimana yang telah digariskan di dalam Pelan Strategik 2025.