Pengajian Kejuruteraan Elektrik UiTM Johor Kampus Pasir Gudang menawarkan dua (2) program akademik di peringkat diploma iaitu:

Maklumat Kursus Program EE111 - DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRIK (ELEKTRONIK) |
Sila KLIK SINI untuk Plan ID/Program Kurikulum/Pelan Pengajian.
Maklumat Kursus Program EE112 - DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRIK (KUASA) |
Sila KLIK SINI untuk Plan ID/Program Kurikulum/Pelan Pengajian.
Graduan dari kedua-dua program ini berpeluang untuk meneroka kerjaya dalam sektor kerajaan atau sektor swasta.
Bagi graduan program EE111, mereka berpeluang untuk berkerja di pelbagai sektor industri antaranya industri elektronik, industri telekomunikasi dan industri komputer. Antara syarikat-syarikat yang menawarkan peluang pekerjaan adalah Intel, Motorola, Agilent, Siltera, Maxis, Celcom, TM, Digi dan lain-lain.
Bagi graduan program EE112, mereka berpeluang untuk bekerja dengan syarikat seperti TNB dan IPP (Independant Power Provider) seperti Malakoff. Graduan dari program EE112 dapat menyumbang kepada kekurangan tenaga pakar di dalam bidang industri tenaga dan kuasa di Malaysia.