FALSAFAH & OBJEKTIF

FALSAFAH

&

OBJEKTIF

 

 

 

Kita percaya Allah SWT menganugerahi manusia dengan bakat, minat dan kecenderungan yang sekiranya diasuh, dididik dan dilatih dengan sempurna melalui penjanaan, pemindahan dan pengintegrasian ilmu secara terbuka serta penerapan nilai-nilai Islam, mereka berkemampuan menjuarai transformasi diri, masyarakat dan negara.

1. Memperluas akses pendidikan tinggi

2. Menyediakan pendidikan terkehadapan bertaraf dunia

3. Menawarkan program akademik yang memenuhi keperluan industri yang sentiasa berubah untuk kemajuan negara dan kemakmuran global

4. Menggilap kepimpinan graduan holistik, serba boleh dan berciri keusahawanan yang kompetitif sehingga ke peringkat global.

5. Memperkasa penghayatan falsafah dan nilai warga UiTM melalui program pengukuhan insan dan suri teladan.

6. Mengungguli kesarjanaan ilmu terkehadapan melalui penyelidikan, inovasi dan pengkomersialan berimpak tinggi serta lestari.

7. Melebar luas jaringan melalui sinergi bersama alumni, industri, akademia, komuniti dan kerajaan untuk memperkasakan bidang tumpuan strategik universiti.

8. Menjuarai kecemerlangan organisasi melalui tadbir urus yang efektif dan efisien selari dengan agenda kelestarian global.

9. Menyediakan infrastruktur kondusif dan ekosistem digital terkehadapan.

10. Menjana pendapatan, mengurus sumber dan kewangan dengan cekap, telus, berintegriti dan efektif bagi kelestarian organisasi

Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor
Kampus Segamat
Jalan Universiti Off Km. 12 Jalan Muar
85000 Segamat
Johor Darul Ta'zim, MALAYSIA
No. Tel: 07-935 2000 | No. Fax : 07-935 2277 

Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang
Jalan Purnama, Bandar Seri Alam
81750 Masai
Johor Darul Ta'zim, MALAYSIA

No. Tel: 07-381 8000 | No. Fax : 07-381 8141



 


Pejabat Komunikasi Korporat
korporatjohor@uitm.edu.my


Tel: 607 935 2358
Fax : 607 935 2001