PROFIL
MOTO |Usaha, Takwa, Mulia
FALSAFAH
VISI
MISI

Setiap individu mampu mencapai kecemerlangan melalui pemindahan ilmu serta penerapan nilai-nilai murni agar menjadi graduan profesional yang berupaya mengembangkan ilmu dan membangunkan diri, masyarakat dan negara.

Menjadikan UiTM sebuah universiti terkemuka dunia dalam bidang Sains, Teknologi, Kemanusiaan dan Keusahawanan.

Menjuarai pembangunan bumiputera profesional yang tangkas menerusi kurikulum terkehadapan dan penyelidikan berimpak.
1983
Institut Teknologi MARA
Kampus pertama terletak di Bukit Siput dan telah dirasmikan pembukaannya oleh Dato’ Abd. Ajib bin Ahmad, Menteri Besar Johor pada ketika itu.


1983
1985
Institut Teknologi MARA
Berpindah ke bangunan yang lebih besar dan selesa di Segamat Baru


1990
Institut Teknologi MARA
Kampus dibangunkan di tanah kurniaan pemerintah negeri di KM12, Jalan Muar-Segamat. Kini UiTM Cawangan Johor, Kampus Segamat terus tersegam indah di lokasi tersebut.


1990
2006
Universiti Teknologi MARA - Kampus Bandaraya Johor Bahru
Kampus kedua Cawangan Johor ditubuhkan dengan menyewa bangunan milik Yayasan Pelajaran Johor di Kampung Aman Larkin.


1 Mei 2014
Universiti Teknologi MARA - Kampus Pasir Gudang
Kampus Bandaraya Johor Bahru telah dipindahkan ke Bandar Seri Alam dan kampus tersebut ditukar nama kepada Kampus Pasir Gudang.


1 Mei 2014
2020
Kini
UiTM Cawangan Johor mempunyai dua (2) buah kampus iaitu Kampus Segamat dan Kampus Pasir Gudang