UNIT | KOMUNIKASI KORPORAT
Unit Komunikasi Korporat UiTM Cawangan Johor (UiTMCJ) telah ditubuhkan pada tahun 2003 dan unit ini berada di bawah Pejabat Rektor Johor. Unit ini telah diterajui oleh seorang Koordinator Komunikasi Korporat dan Media sebagai tenaga penggerak bagi menjalinkan hubungan dua hala dengan pelbagai agensi dan masyarakat luar di samping meningkatkan imej korporat UiTMCJ melalui pelbagai bentuk aktiviti dan kerjasama selaras dengan dasar polisi UiTM.