UNIT | Kokurikulum

Pengenalan

Unit Kesatria merupakan unit kokurikulum pertama yang diwujudkan di UiTM berbangkit dari dua insiden demonstrasi oleh pelajar-pelajar di semua IPTA (termasuk UiTM) pada akhir tahun 1975 dan awal 1976. Bagi mengatasi masalah disiplin dan salah laku pelajar ketika itu, maka kokurikulum Kesatria ditubuhkan dengan objektifnya untuk menerapkan nilai-nilai disiplin yang tinggi dikalangan pelajar. Bilangan pengambilan pelajar kokurikulum Kesatria dan lain-lain kokurikulum juga telah bertambah sejajar dengan perkembangan UiTM. Didapati 30% daripada pelajar UiTM adalah ahli Kesatria dan bakinya dari komponen kursus Kokurikulum yang lain.

Bilangan pelajar yang mengikuti kursus kokurikulum yang ramai termasuk Kolej Bersekutu UiTM perlu kepada pemantauan yang rapi. Pengstrukturan semula UiTM amnya dan penyusunan semula perkhidmatan-perkhidmatan di Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni khasnya telah mengambil kira fungsi serta peranan dan semua Staf Unit Kesatria untuk memastikan perkhidmatan di HEP memenuhi keperluan para pelajar dan hasrat universiti.

Pengstrukturan semula fungsi organisasi Unit Kesatria dan Staf Kesatria dilihat satu usaha serius Bahagian Hal Ehwal Pelajar dalam memantapkan perlaksaan kokurikulum di UiTM. Dalam perkara ini mulai Oktober 2007 Unit Kesatria ditukar nama kepada Unit Kokurikulum dan Pegawai Kesatria serta Pembantu Kesatria disebut Pegawai Kokurikulun dan Pembantu Kokurikulum. Dengan ini fungsi mereka bukan sahaja bertaggungjawab kepada Kokurikulum Beruniform sahaja malahan semua kokurikulum di UiTM diletak di bawah pengurusan Pegawai dan staf Kokurikulum. Ini bertujuan untuk memberi lebih ruang kepada organisasi memperluaskan skop tugas, meningkatkan fungsi dan tanggungjawab kepada jawatan sedia ada. Dengan ini diharap pelaksanaan kursus kokurikulum di seluruh sistem UiTM akan berjalan lebih tersusun dan sistematik.

Kokurikulum sehingga kini telah pun melalui pelbagai era perubahan sesuai dengan visi dan misi Universiti dan juga perubahan senario sosio-budaya dan sosio-politik Negara. Isu Ketuanan Melayu terkini merupakan agenda pertama Universiti dalam penjanaan semula semangat patriotik dikalangan pelajar UiTM buat ketika ini.

Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor
Kampus Segamat
Jalan Universiti Off Km. 12 Jalan Muar
85000 Segamat
Johor Darul Ta'zim, MALAYSIA
No. Tel: 07-935 2000 | No. Fax : 07-935 2277 

Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang
Jalan Purnama, Bandar Seri Alam
81750 Masai
Johor Darul Ta'zim, MALAYSIA

No. Tel: 07-381 8000 | No. Fax : 07-381 8141



 


Pejabat Komunikasi Korporat
korporatjohor@uitm.edu.my


Tel: 607 935 2358
Fax : 607 935 2001