UNIT | KESIHATAN

Pengenalan

Latar Belakang

Unit Kesihatan UiTM Johor telah diwujudkan selari dengan penubuhan kampusnya pada tahun 1984 untuk memastikan mahasiswa-mahasiswi yang berada di dalamnya sentiasa sihat dan mendapat penjagaan kesihatan yang  sempurna . Pada 1990 Kampus UiTM Johor telah ditempatkan sacara tetap di Km 12 Jalan Muar, Segamat Johor. Di kampus baru, Unit Kesihatan telah diberikan sebuah bangunan khas untuk menjalankan fungsinya dengan lebih berkesan. Bermula dengan tiga orang staf iaitu Pembantu Perubatan, Jururawat dan Penolong Jururawat ; kini bilangan stafnya telah berkembang. Pada tahun 2005 jawatan Pegawai Perubatan mula diwujudkan bagi menampung fungsi unit yang lebih mencabar. Pada tahun 2008 pula bilangan perjawatan di Unit Kesihatan UiTM Johor telah meningkat kepada 10 orang iaitu              Ketua Timbalan Pegawai Perubatan UD54 (1), Penolong Pegawai Perubatan/ Pembantu Perubatan U29 (2),  Penolong Pegawai Farmasi (1),Jururawat Kanan U32 (2), Jururawat Masyarakat kanan U24 (1), Jururawat Masyarakat U19 (1)  Pembantu Perawatan Kesihatan U11 (1) dan Pemandu Ambulan H11 (1) . Unit kesihatan UiTM Johor sedang meningkatkan kemudahan kesihatannya kepada  pelajar selaras dengan perkembangan UiTM .

Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor
Kampus Segamat
Jalan Universiti Off Km. 12 Jalan Muar
85000 Segamat
Johor Darul Ta'zim, MALAYSIA
No. Tel: 07-935 2000 | No. Fax : 07-935 2277 

Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang
Jalan Purnama, Bandar Seri Alam
81750 Masai
Johor Darul Ta'zim, MALAYSIA

No. Tel: 07-381 8000 | No. Fax : 07-381 8141



 


Pejabat Komunikasi Korporat
korporatjohor@uitm.edu.my


Tel: 607 935 2358
Fax : 607 935 2001