UNIT | PENGURUSAN KOLEJ
Latar Belakang
Unit Pengurusan Kolej dan Non-Resident diwujudkan bagi memberi keselesaan dan persekitaran kampus yang kondusif kepada penghuninya serta membantu pelajar Non-Resident untuk mendapatkan rumah sewa di sekitar kampus. Unit ini turut bertanggungjawab membantu kebajikan, keselamatan dan penyediaan kemudahan-kemudahan lain yang berkaitan dengan pelajar.
Secara umumnya Unit Pengurusan Kolej UiTM Segamat, Johor dibuka bersempena pembukaan Kampus sementara 15 Disember 1983 di Taman Indah, Bukit Siput dan Segamat baru pada tahun 1985 hingga 1989. UiTM berpindah ke kampus tetap di KM 12, Jalan Muar, Segamat, Johor dan Dirasmikan pada Disember 1989 oleh Dato' Ajib bin Ahmad, Menteri Besar Johor. Pada 1 Januari 1990, kampus UiTM Johor telah ditempatkan secara tetap di KM 12, Jalan Muar, Segamat di atas 200 hektar tanah yang dikurniakan oleh Kerajaan Negeri Johor.
