UNIT | SUKAN
UiTM Cawangan Johor telah ditubuhkan pada tahun 1983. Kampus pertamanya di Bukit Siput telah dirasmikan pembukaannya oleh Dato’ Abd. Ajib bin Ahmad, Menteri Besar Johor pada ketika itu.
Atas keperluan yang kian berganda, lokasi UiTM Johor telah berpindah ke bangunan yang lebih besar dan selesa iaitu di Segamat Baru pada tahun 1985. Pada 1990, UiTM Cawangan Johor telah tersergam indah di KM12, Jalan Muar-Segamat di atas tanah kurniaan pemerintah negeri. UiTM Johor telah berkembang pesat dengan memenuhi tanggungjawab sebagai kampus UiTM Negeri. Kampus Segamat ini menempatkan empat (4) buah fakulti iaitu Fakulti Perakaunan, Fakulti Pengurusan Perniagaan, Fakulti Pengurusan Maklumat dan Fakulti Sains Komputer & Matematik. UiTM Johor semakin berkembang dengan pembukaan Kampus Pasir Gudang yang menempatkan 4,000 orang pelajar dengan penambahan 4 fakulti baru iaitu Fakulti Kejuruteraan Elektrik, Fakulti Kejuruteraan Awam, Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Fakulti Kejuruteraan Kimia.
Unit Sukan telah ditubuhkan di UiTM Cawangan Johor seiring dengan penubuhan kampus tahun 1984. Unit ini ditubuhkan bertujuan untuk memperkembangkan penyertaan masyarakat kampus dan setempat dalam aktiviti sukan. Unit ini juga memberi perkhidmatan latihan teori dan praktikal kepada mereka yang berminat dalam bidang sukan. Unit Sukan terbahagi kepada dua bahagian iaitu:
- Pentadbiran Am, Rekod & Kewangan, Pembangunan Sukan & Kokurikulum Sukan:
- Pentadbiran Am, Rekod & Kewangan Sukan
- Pembangunan Sukan & Kokurikulum Sukan
- Kemudahan Sukan & Penggalakan Sukan & Pengurusan Acara:
- Kemudahan & Penggalakan Sukan & Pengurusan Acara

