UNIT | HAL EHWAL ISLAM
Unit Hal Ehwal Islam atau dulu dikenali sebagai Unit Agama Bahagian Hal Ehwal Pelajar telah diperkenalkan pada 3 Mac 1971. Pada awal penubuhan, unit ini hanya dikendalikan di kampus Shah Alam oleh seorang Pegawai Penasihat Agama.
Memandangkan perkembangan UiTM dari masa ke semasa dari segi pertambahan bilangan pelajar dan penubuhan cawangan-cawangannya di seluruh Malaysia, maka sekarang ini jumlah pegawainya ditambah. Pegawai-pegawai tersebut diagihkan penempatannya mengikut keperluan di kampus induk dan cawangan-cawangan. Di kampus cawangan Johor, Unit Agama ditubuhkan bersama penubuhan UiTM Johor, dan kemudiannya nama Unit Agama ditukarkan kepada CITU Hal Ehwal Islam di bawah Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CITU).
Pada tarikh 21 Mei 2013, Centre for Islamic Thought and Understanding, telah di naik taraf kepada Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS), sejajar dengan perkembangan ini, CITU Hal Ehwal Islam turut diangkat menjadi Bahagian Hal Ehwal Islam di bawah naungan ACIS. Namun, kini dipanggil nama Unit Hal Ehwal Islam (UHEI) dan bukan lagi dibawah Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS). Pengurusan UHEI kini terus di bawah naungan Rektor dan Penolong Rektor Kampus.
Lokasi Pejabat Unit Hal Ehwal Islam terletak di tingkat dua Bangunan Pentadbiran. Pejabat Unit Hal Ehwal Islam bergabung dengan Pejabat Bahagian Hal Ehwal Pelajar. Sebarang urusan berkaitan bimbingan dan khidmat nasihat, bantuan zakat pelajar dan lain-lain bolehlah datang dan berurusan dengan kami. Kehadiran anda amat dialu-alukan. Selain itu, Unit Hal Ehwal Islam juga bertanggungjawab dalam urusan berkaitan pengurusan dan pengimarahan Pusat Islam di dalam kampus.

