UNIT | KUALITI
Unit Pengurusan Kualiti (UPQ) UiTM Cawangan Johor bertanggungjawab mengurus dan melaksanakan aktiviti dan proses kualiti melalui Audit Kualiti dan Amalan Pengurusan Terbaik bagi memastikan penambahbaikan berterusan. Sistem Pengurusan Kualiti UiTM Cawangan Johor memastikan keseluruhan aktiviti organisasi dilaksanakan dengan cekap, tepat dan berkesan berpandukan kepada Dasar Kualiti dan Objektif Kualiti yang ditetapkan.

