WhatsApp Image 2017-07-29 at 9.42.40 AM
WhatsApp Image 2017-07-29 at 9.45.37 AM
WhatsApp Image 2017-07-29 at 9.45.44 AM
WhatsApp Image 2017-07-29 at 9.42.32 AM
WhatsApp Image 2017-07-29 at 9.42.34 AM
WhatsApp Image 2017-07-29 at 9.42.39 AM
SIRI JELAHA ANAK BANGSA 2.0 KE SARAWAK
WhatsApp Image 2017-07-25 at 8.27.25 PM
WhatsApp Image 2017-07-27 at 12.05.19 AM
WhatsApp Image 2017-07-29 at 9.42.26 AM
WhatsApp Image 2017-07-29 at 9.42.27 AM
WhatsApp Image 2017-07-29 at 9.42.25 AM
WhatsApp Image 2017-07-29 at 9.42.19 AM
WhatsApp Image 2017-07-29 at 9.42.21 AM
WhatsApp Image 2017-07-29 at 9.42.14 AM
SIRI JELAJAH ANAK BANGSA 2.0
WhatsApp Image 2017-07-28 at 7.24.59 PM
WhatsApp Image 2017-07-28 at 7.24.57 PM
WhatsApp Image 2017-07-29 at 9.42.10 AM

SIRI JELAJAH ANAK BANGSA 2.0 KE UiTM CAWANGAN SARAWAK

UiTM CAWANGAN JOHOR – Pada 24 hingga 26 Julai 2017 yang lepas, Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Johor sesi 2016/2017 telah mengadakan Siri Jelajah Anak Bangsa 2.0 ke UiTM Cawangan Sarawak Kampus Samarahan 2. Program Jelajah Anak Bangsa 2.0 ini merupakan kesinambungan daripada Jelajah Anak Bangsa sebelum ini yang memperkenalkan Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Johor ke UiTM Cawangan Kelantan, Terengganu, Shah Alam dan Puncak Alam.

Bersama Unit Pengurusan Kolej UiTM Cawangan Sarawak

Program ini dijalankan bertujuan bagi membantu Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2016/2017 dalam melonjakkan lagi nama UiTM Cawangan Johor. Objektif utama program ini ialah untuk berkongsi idea dan pendapat tentang cara pelaksanaan sistem merit yang diguna pakai oleh UiTM Cawangan Sarawak bagi menentukan mata merit serta kelayakan pelajar dalam menduduki kolej seterusnya melihat dan menganalisis tentang sistem merit yang dilaksanakan untuk diaplikasikan di UiTM Cawangan Johor. Selain itu, ia bertujuan untuk mengetahui mengenai cara kepimpinan di universiti yang telah dinyatakan serta menjalinkan hubungan mesra dan merapatkan lagi ikatan persahabatan bersama-sama Majlis Perwakilan Pelajar mereka.

Pada hari pertama jelajah (24 Julai 2017), pihak Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Johor bertemu dengan pihak pengurusan kolej bagi mengetahui lebih lanjut mengenai penggunaan sistem merit yang telah dijalankan di UiTM Cawangan Sarawak. Selain itu, dapat berkongsi idea dan bertukar pendapat mengenai kesesuaian penggunaan sistem merit ini diguna pakai di UiTM Cawangan Johor.

Bergambar di hadapan Kampung Budaya, Kuching, Sarawak

Jelajah diteruskan lagi pada hari kedua (25 Julai 2017) dengan membuat lawatan di sekitar bandar Kuching. Majlis Perwakilan Pelajar juga berpeluang untuk ke Kampung Budaya, Kuching, Sarawak. Selain dari dapat mengenali etnik kaum yang ada di Sarawak, Majlis Perwakilan Pelajar juga berpeluang melihat keunikan budaya yang ada di Sarawak.

Jelajah hari terakhir (26 Julai 2017) diteruskan dengan slot bersama Majlis Perwakilan Pelajar bagi kedua-dua buah UiTM. Majlis Perwakilan Pelajar masing-masing mengambil peluang untuk memperkenalkan objektif, visi dan misi mereka serta pelaksanaan program yang mereka pernah jalankan untuk mahasiswa serta UiTM masing-masing.

Naib Yang DiPertua Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Sarawak menyampaikan kata-kata aluan selamat datang.

 

Secara keseluruhannya, Siri Jelajah Anak Bangsa 2.0 ini banyak membantu serta memperluaskan lagi nama UiTM Cawangan Johor selain daripada di Semenanjung Malaysia. Pengetahuan serta pengalaman yang diperolehi dapat dipraktikkan kembali di UiTM Cawangan Johor. Selain daripada dapat mengetahui mengenai sistem merit yang diguna pakai di sana, pihak Majlis Perwakilan Pelajar juga dapat berkongsi idea bagi penambahbaikan serta bertukar pendapat mengenai cara pengendalian kepimpinan berkumpulan. Akhir kata, terima kasih buat semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam Siri Jelajah Anak Bangsa.