Latar Belakang Pejabat Polis Bantuan

Pada awal penubuhannya, Polis Bantuan UiTM dikenali sebagai Unit Keselamatan kemudiannya ditingkatkan kepada Bahagian Keselamatan. Struktur pentadbirannya berubah-ubah mengikut perkembangan semasa universiti sama ada diletakkan dibawah seliaan Pejabat Pengarah, Pejabat Pendaftar dan Pejabat Canseleri. Mulai 1 Ogos 2011, Pentadbiran Polis Bantuan diletakkan di bawah Naib Canselor dan dikenali dengan nama Ibu Pejabat Polis Bantuan UiTM.

Bagi kampus-kampus negeri, pentadbiran mereka diletakkan di bawah Rektor Kampus dan dikenali dengan nama Pejabat Polis Bantuan. Fungsi dan peranan Polis Bantuan masih sama tetapi skop tugas dan bidang kuasa telah diperluaskan dengan mempunyai KUASA-KUASA POLIS.

Perkhidmatan Pejabat Polis Bantuan

1. Kawalan Trafik
2. Kawalan Rondaan
3. Kawalan Statik
4. Pelekat Kenderaan Pelajar, Staf dan Kontraktor
5. Pemantauan CCTV
6. Pengurusan Bencana dan Kecemasan
7. Operasi Berkala
8. Siasatan Kes ( gaduh, buli, gangguan seksualm curi dan sebagainya )
9. Penguatkuasaan Lalulintas ( Saman Trafik )
10. Penguatkuasa Saman Terus ( Sahsiah Rupa Diri)
11. Pas Keselamatan Pekerja Kontrak UiTM