Kampus Pasir Gudang, merupakan kampus kedua bagi UiTM Cawangan Johor dan mempunyai tanah seluas 200 ekar di dalam Bandar Seri Alam. Bagi Fasa Pertama kampus ini telah dibangunkan dengan menggunakan keluasan sebanyak 70 ekar. Pada 1 Mac 2015, UiTM Cawangan Johor telah diwatikahkan sebagai Kampus Autonomi dan sekarang digelar sebagai UiTM Johor.

Sebelum ini, kampus kedua bagi UiTM Cawangan Johor adalah merupakan Kampus Bandaraya Johor Bahru yang terletak di Larkin.

Kampus Pasir Gudang ini mula beroperasi pada 1 Mei 2014 dan menempatkan lima (5) buah fakulti iaitu:

BIL FAKULTI PROGRAM KOD KURSUS
1 Fakulti Kejuruteraan Awam
Diploma Kejuruteraan Awam
EC110
2 Fakulti Kejuruteraan Elektrik Diploma Kejuruteraan Elektrik (Elektronik) EE111
Diploma Kejuruteraan Elektrik (Kuasa) EE112
3 Fakulti Kejuruteraan Mekanikal
Diploma Kejuruteraan Mekanikal
EM110
4 Fakulti Kejuruteraan Kimia
Diploma Kejuruteraan Kimia
EH110
5 Fakulti Pengurusan Perniagaan
Diploma Pengajian Perniagaan (Pengangkutan) BM117