HOME: Akademik Program Mengubah Destini Anak Bangsa

Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB)

E-mail Print PDF

PENGENALAN

Program MDAB ini telah bermula sejak dua tahun yang lalu dan ianya adalah dibawah naugan YAB Perdana Menteri. Syarat minima yang ditetapkan ternyata telah membuka lebih banyak peluang kepada pelajar-pelajar miskin Bumiputera yang tercicir dalam arus pendidikan yang kian maju pada masa kini. Permohonan adalah dipelawa daripada calon seperti kriteria berikut:

  • Bumiputera Warganegara Malaysia.
  • Jumlah pendapatan ibubapa (gaji kasar) di bawah RM3,000 sebulan.
Program yang ditawarkan di UiTM Cawangan Johor
ProgramSyarat Kelayakan Am
Syarat Khas Program
PD002 Pra-Perdagangan
LULUS Sijil Perlajaran Malaysia (SPM) atau yang diiktiraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dengan mendapat minima TIGA (3) KREDIT termasuk Bahasa Melayu dan LULUS Sejarah.
LULUS Matematik/Matematik Tambahan dan LULUS Bahasa Inggeris

 

Maklumat Program
Program & Tempoh pengajian
Info Program
Peluang Melanjutkan Pengajian

PD002 Pra-Perdagangan

1 semester / 6 bulan

Program ini memberi tumpuan kepada asas Bahasa Inggeris dan Matematik Setelah tamat program ini, calon-calon yang lulus boleh melanjutkan pengajian ke program diploma yang ditawarkan oleh fakulti di UiTM seperti di Fakulti Perakaunan, Fakulti  Pengurusan Perniagaan, Fakulti Sains Pentadbiran dan Polisi, Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan, Fakulti Pengurusan Pejabat, Fakulti Pengurusan Maklumat, fakulti Seni Lukis & Seni Reka, Fakulti Komunikasi & Pengajian Media dan Fakulti Sains Sukan & Rekreasi.

 

PERMOHONAN

Permohonan hendaklah dibuat di dalam borang Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB) yang boleh di boleh dimuat turun di sini:

Muat turun borang pendaftaran

Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dimajukan sendiri atau dihantar ke alamat berikut:

Unit Mengubah Destini Anak Bangsa
d/a Unit Komunikasi Korporat & Media
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA Cawangan Johor
Kampus Segamat
KM12, Jalan Muar
Segamat 85000
Johor Darul Takzim