HOME: Akademik Pusat Akademik Akademi Pengajian Bahasa

Pengenalan

E-mail Print PDF

Ketua APB

JAFRI BIN JAWAHIL
Ketua Unit
Akademi Pengajian Bahasa
Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor
KM12, Jalan Muar
85009, Segamat
Johor, Malaysia.
Email: This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
Phone No : 07-9352459
Fax No : 07-9352277




VISI

Menjadikan Akademi Pengajian Bahasa bertaraf antarabangsa berasaskan budaya, sains, komunikasi dan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, penyelidikan dan perundingan untuk mencapai kecemerlangan akademik dan melahirkan graduan yang berdaya saing, global dan beretika.

MISI
Mewujudkan Akademi Pengajian Bahasa yang unggul, memantapkan kursus-kursus bahasa yang berteraskan teknologi maklumat terkini, memperkasakan budaya penyelidikan dan perundingan serta memantapkan khidmat masyarakat yang berlandaskan kepada nilai-nilai murni dan etika keprofesionalan menerusi kecemerlangan kemahiran berkomunikasi dalam pelbagai bidang yang mampu menerajui pembangunan profesional.

Akademi Pengajian Bahasa komited untuk menyediakan kursus kemahiran Bahasa (Inggeris, Melayu dan Bahasa Ketiga), Sijil Profesional Bahasa dan Program Sarjana Muda yang berkualiti demi membangunkan teknologi pengajaran dan pembelajaran bahasa dan melahirkan ahli teknologi yang cemerlang dalam bidang kebahasaan melalui kursus yang ditawarkan dengan sentiasa memenuhi keperluan pelanggan.

Kepada Pelajar

  • Memberi perkhidmatan dengan penuh tanggungjawab dan komitmen.
  • Mengajar dan melengkapkan pelajar dengan ilmu dan pengetahuan agar fasih bertutur, menulis dan membaca dalam bahasa yang dipelajari.
  • Menyiapkan projek dan silibus seperti yang telah ditetapkan.
  • Memproses permohonan pengecualian mata pelajaran/pertukaran kursus/pemindahan kredit mengikut tempoh yang telah ditetapkan oleh UiTM (Bahagian Peperiksaan).
  • Membantu pelajar sama ada berbentuk akademik mahupun pentadbiran.




Secara umumnya, Akademi Pengajian Bahasa di UiTM Segamat menawarkan tiga kursus bahasa iaitu Bahasa Inggeris, Bahasa Arab dan Bahasa Mandarin.

Bahasa Inggeris adalah subjek yang wajib diambil oleh setiap pelajar pra-diploma, diploma dan ijazah.

Semua pelajar pra-diploma akan didaftarkan secara automatik untuk kursus ELC030 (English for Pre-Diploma)

Berikut adalah subjek Bahasa Inggeris yang wajib diambil oleh semua pelajar diploma:

Bahagian 1: BEL120 - Consolidating Language Skills
Bahagian 2: BEL260 - Intermediate English
Bahagian 3: BEL311 - English for Academic Purposes
Bahagian 4: BEL312 - English for Occupational Purposes ((khas untuk pelajar AC110 sahaja)
Bahagian 5: BEL313 - Critical Thinking (khas untuk pelajar AC110 sahaja)

Berikut adalah subjek Bahasa Inggeris yang wajib diambil oleh semua pelajar ijazah:

Bahagian 1: BEL403 - Language Enrichment
Bahagian 3: BEL422 - Report Writing
Bahagian 4: BEL492 - Presentation Skills
Bahagian 6: BEL499 - Communication and Interpersonal Skills (khas untuk pelajar AC220 sahaja)

Subjek bahasa ketiga yang ditawarkan di UiTM Segamat adalah Bahasa Arab dan Bahasa Mandarin. Pelajar diberi pilihan untuk mendaftar subjek bahasa ketiga yang mereka minati.

Bahasa Arab (untuk pelajar Diploma)

BAB101: Bahasa Arab 1
BAB151: Bahasa Arab 2

BMD101: Bahasa Mandarin 1
BMD151: Bahasa Mandarin 2

Bahasa Arab (untuk pelajar Ijazah)

BAB401: Bahasa Arab (Tahap 1)
BAB451: Bahasa Arab (Tahap 2)
BAB501: Bahasa Arab (Tahap 3)

BMD401: Bahasa Mandarin (Tahap 1)
BMD451: Bahasa Mandarin (Tahap 2)
BMD501: Bahasa Mandarin (Tahap 3)