HOME: Pentadbiran Bahagian Bahagian Pentadbiran

Pengenalan

E-mail Print PDF

BAHAGIAN PENTADBIRAN

 


BADROLHISHAM BIN ABU HASSAN
Timbalan Pendaftar

Bahagian Pentadbiran
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA Cawangan Johor
Kampus Segamat
KM12, Jalan Muar
85009 Segamat
Johor, Malaysia

This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
07-9352338
07-9352387

LATARBELAKANG

Bahagian Pentadbiran terbahagi kepada tiga (3) unit seperti berikut :-

1. Unit Pengurusan Sumber Manusia

2. Unit Pembangunan Sumber Manusia & Unit Pentadbiran Am

3. Unit Pentadbiran Kenderaan

Bahagian Pentadbiran diketuai oleh seorang Timbalan Pendaftar dengan dibantu oleh seorang Penolong Pendaftar dan lapan belas (18) orang staf Pelaksana serta sembilan belas (19) orang Pemandu.

 

VISI

Menjadikan UiTM sebuah universiti unggul yang berteraskan kesarjanaan dan kecemerlangan akademik bagi menerajui dinamisme bumiputera dalam semua bidang profesional bertaraf dunia supaya terlahir graduan yang berdaya saing, global dan beretika.

 

MISI

Mempertingkatkan keilmuan dan kepakaran bumiputera dalam semua bidang menerusi penyampaian program profesional, penyelidikan serta penglibatan khidmat masyarakat yang berlandaskan kepada nilai-nilai murni dan etika keprofesionalan.

 

OBJEKTIF

1. Memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada semua staf dalam urusan kebajikan dan kemudahan mengikut kelayakan masing-masing;

2. Memastikan staf mendapat maklumat yang cepat dan betul berkenaan perjawatan dan perkhidmatan masing-masing;

3. Menyediakan kemudahan latihan kepada staf mengikut keperluan jawatan; dan

4. Memberikan layanan yang mesra dan cepat kepada semua pelanggan yang berurusan.

 

PIAGAM PELANGGAN

Kami bertanggungjawab untuk memberi perkhidmatan yang cemerlang bagi memenuhi dan mengurus keperluan staf akademik & pentadbiran dan pelajar UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA Cawangan Johor.

Kami beriltizam memberi perkhidmatan yang cekap dan berkesan mengikut jangkamasa yang dijanjikan seperti berikut :

JENIS PERKHIDMATAN TEMPOH (Hari Bekerja)
1. Menguruskan Proses Pengambilan Staf Baru 10 minggu bermula tarikh terima arahan dari UiTM Shah Alam
2. Menguruskan Proses Pengesahan Jawatan 15 hari bekerja
3. Menguruskan Proses Kenaikan Pangkat 10 minggu dari tarikh iklan kenaikan pangkat
4. Menguruskan Latihan Staf Dalam dan Luar Negara Mencapai 42 jam setahun
5. Menyediakan Surat Pengesahan Majikan dan Surat Jaminan Hospital 10 minit dari masa permohonan
6. Memproses Permohonan Penggunaan Kenderaan Tiga (3) hari bekerja
7. Menjawab Panggilan Telefon Rasmi Tidak melebihi tiga (3) kali deringan
8. Menguruskan Urusan Mel dan Pos Dua (2) hari bekerja