HOME: Pentadbiran Bahagian Pejabat Rektor

Dari Meja Rektor

E-mail Print PDF

PEJABAT REKTOR

PROFESOR MADYA DR. AZIZAN BIN ABDULLAH

REKTOR
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
Cawangan Johor
Kampus Segamat
KM12, Jalan Muar
85009, Segamat
Johor, Malaysia
E-mel: This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
No telefon: 07-9352222
No fax: 07-9352277

 

 

Saya mengucapkan selamat datang ke laman web Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor. Semoga laman web ini dapat memberikan maklumat yang berguna untuk anda.

Alhamdulillah pelbagai usaha dan komitmen yang berterusan telah diberi oleh warga UiTM Cawangan Johor dalam merealisasikan visi untuk menjadi sebuah universiti unggul dalam bidang pengurusan dan perniagaan yang berteraskan budaya kesarjanaan dan keusahawanan bagi melahirkan graduan yang berdaya saing. Pendek kata, pihak UiTM Cawangan Johor amat komited dalam memberikan perkhidmatan pengajaran dan pembelajaran yang holistik dan cemerlang. Disamping itu, UiTM Cawangan Johor juga terlibat dalam pelbagai aktiviti berkaitan inovasi dan kreativiti disamping penekanan dalam bidang penyelidikan. Ini penting bagi memastikan perkhidmatan pendidikan yang diberikan sentiasa relevan dan berkualiti.

Selain daripada itu, UiTM Cawangan Johor amat berbangga kerana dapat menyediakan infrastruktur dan pembelajaran dengan teknologi terkini yang terbaik kepada para pelajar. Pelbagai porgram di tawarkan di Kampus Segamat dan Kampus Pasir Gudang. Disamping itu, kami juga ada menawarkan program pra-diploma perdagangan menerusi program Mengubah Destini Anak Bangsa.

Akhir kata, kami mengalu-alukan kedatangan anda ke UiTM Cawangan Johor, dan kami janjikan anda pengalaman pendidikan yang istimewa bersama kami.


PROFESOR MADYA DR. AZIZAN BIN ABDULLAH
REKTOR