Ketua ACIS UiTM Johor

 

z

 

MOHD ZAINODIN BIN MUSTAFFA
Ketua
Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS)
Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor
KM12, Jalan Muar, 85009, Segamat,
Johor, Malaysia
Email: Mohdz334@johor.uitm.edu.my
Phone No : 07-9352132


 

ACIS @ Akademi Pengajian Islam Kontemporari ditubuhkan pada Disember 2012 yang dulunya dikenali sebagai CITU (Centre For Islamic Thought & Understanding) @ Pusat Pemikiran & Kefahaman Islam ditubuhkan bersama-sama dengan penubuhan universiti ini sendiri (dulunya dikenali dengan Pusat Pendidikan Islam, ITM).

Akademi ini menyediakan kursus-kursus akademik bagi melahirkan golongan professional Melayu Muslim berwibawa untuk negara. Kursus ACIS menjadi subjek wajib universiti sama ada di peringkat diploma atau ijazah kepada semua fakulti.

Mulai tahun 2012 ACIS telah menawarkan kursus-kursus pengajian di peringkat sarjana dan doktor falsafah. Disamping itu ACIS dengan kerjasama Fakulti Pengurusan Perniagaan menawarkan program khusus seperti Perbankan dan Kewangan Islam, Pemakanan Halal dengan Fakulti Sains Gunaan dan lain-lain lagi.

Apabila ITM dinaik taraf menjadi universiti pada tahun 1999, CITU yang pada masa itu mengambil langkah menggabungkan Unit Kemajuan Islam (dulunya di bahagian HEP) di bawah bumbung yang sama.

Dengan tenaga dan kepakaran yang ada di samping mencurahkan ilmu ketika berada di bilik-bilik kuliah, pensyarah-pensyarah ACIS dan pegawai Unit Hal Ehwal Islam bertanggungjawab menerajui aktiviti kerohanian dan keagamaan di kampus UiTM Johor.