Ketua Pusat Pengajian Fakulti Perakaunan
|
PROF. MADYA DR RAHIMAH BINTI MOHAMED YUNOS Ketua Pusat Pengajian Fakulti Perakaunan Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor KM12, Jalan Muar, 85009, Segamat, Johor, Malaysia Email: rahim221@johor.uitm.edu.my Phone No : 07-9352304 Fax No : 07-9352288 |
Fakulti Perakaunan UiTM Cawangan Johor ditubuhkan pada Disember 1983 di Bukit Siput, Segamat. Lokasinya kemudian berubah ke Segamat Baru, Segamat sebelum berpindah secara tetap ke lokasi sekarang di KM12, Jalan Muar, Segamat, Johor.
Fakulti Perakaunan UiTM Cawangan Johor menawarkan satu program program pengajian di peringkat diploma iaitu Diploma Perakaunan (AC110). Bagi penawaran pengajian di peringkat Sarjana Muda (AC220) telah ditangguhkan.
Visi Fakulti Perakaunan
Menjadi sumber rujukan utama dan pemangkin dalam profesion perakaunan.
Misi Fakulti Perakaunan
1) Pengajaran dan Pembelajaran
Melahir dan menghasilkan akauntan profesional yang kompeten dan dapat menyumbang kepada profesion perakaunan dan masyarakat. Pendidikan dan pengalaman yang diberikan melalui pelan pengajian akan menjadi teras kepada pengetahuan, kemahiran, profesionalisme dan nilai etika untuk membolehkan graduan perakaunan menyesuaikan diri dengan kehidupan sebagai seorang profesional.
2) Penyelidikan dan Perundingan
Memberikan nilai tambah kepada aktiviti pengajaran dan pembelajaran, meningkat kemahiran dan profil profesional dengan menjadikan penyelidikan sebagai sebahagian daripada budaya kerja.
Objektif Kualiti Akademik Fakulti Perakaunan UiTM Cawangan Johor
1) Memastikan sekurang-kurangnya 50% pelajar mencapai PNGK 3.00 setiap semester.
2) Memastikan sekurang-kurangnya 70% pelajar bergraduat mengikut pelan pengajian pada masa yang ditetapkan.