PENGUMUMAN PERMOHONAN MEMBUKA GERAI JUALAN SEMPENA ISTIADAT KONVOKESYEN UiTM CAWANGAN JOHOR KE-87

Adalah dimaklumkan bahawa Istiadat Konvokesyen ke-87 di UiTM Cawangan Johor akan berlangsung pada 16 hingga 17 Okt 2017. Sehubungan itu, mana-mana syarikat yang berminat untuk berniaga di tapak perniagaan konvokesyen pada tarikh tersebut boleh mengisi borang yang disertakan di bawah.

Borang boleh didapati melalui laman web UiTM Cawangan Johor atau di Pejabat Bendahari UiTM Cawangan Johor. Permohonan boleh dibuat sehingga 1 Okt 2017 (Ahad) jam 12.00 Tengah Hari.

Borang yang lengkap diisi boleh dihantar ke :

Pejabat Bendahari

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

Cawangan Johor Kampus Segamat

KM12 Jalan Muar

85000 Segamat

JOHOR DARUL TAKZIM

Sebarang pertanyaan berkenaan permohonan, sila hubungi Puan Siti Aidah binti Hassan di talian 07 935 2484.

pdf pdf

Borang Permohonan Borang Permohonan

[Pengusaha Luar][Persatuan / Kelab Pelajar]