DASAR PENEMPATAN PELAJAR

DASAR PENEMPATAN PELAJAR DIPLOMA

Dasar kolej kediaman Universiti adalah untuk memberi tempat penginapan, makanan dan persekitaran pembelajaran yang selesa, ceria dan selamat. Semua pihak, samada Pengurusab Kolej atau penghuni menjalankan tanggungjawab dan peranan masing-masing bagi memastikan keselesaan dan keharmonian kolej kediaman dapat dicapai.

Selain dari menyediakan tempat penginapan dan makanan kepada pelajar, kolej kediaman juga adalah wadah untuk membentuk dan membangunkan sahsiah pelajar bagi mewujudkan lulusan yang bersifat holistik. Berbagai program dan aktiviti pelajar yang dirangka dan dilaksanakan di peringkat kolej dan dikawal selia oleh Pengurus Asrama. Bagi membantu pentadbiran kolej dan menjaga kebajikan serta pembangunan pelajar, beberapa Pegawai Pembangunan Pelajar (PPP) dilantik oleh Pengurusan HEP. Pelajar boleh menghubungi PPP yang bertugas semasa atau selepas waktu pejabat untuk bantuan dan nasihat berkaitan dengan aktiviti atau masalah yang mereka hadapi.

 

KELAYAKAN MENDUDUKI KOLEJ KEDIAMAN

  1. Semua pelajar siswa Program Diploma semester 1-4 sahaja
  2. Semua pelajar siswi Program Diploma semester 1-6 sahaja
  3. Pelajar yang memegang Jawatankuasa Perwakilan Kolej
  4. Pelajar yang memegang jawatan Majlis Perwakilan Pelajar
  5. Badan Beruniform seperti KOMANDER, BRASS BAND
  6. Pelajar yang mewakili Negara dan diiktiraf oleh Kementerian Belia dan Sukan

 

PERMOHONAN TINGGAL DI LUAR

Pelajar yang hendak tinggal di luar mestilah mendaftarkan diri dengan mengisi borang di Pejabat Unit Pengurusan NR dengan menyatakan sebab-sebab mengapa perlu tinggal di luar dan menyatakan Alamat kediaman di luar, No.untuk dihibungi dan maklumat waris yang boleh dihubungi jika berlaku waktu kecemasan.

 

PERMOHONAN KOLEJ PELAJAR NR

Pelajar bukan residen (NR) boleh memohon kemudahan kolej dengan membuat surat permohonan kepada Pengurusan Kolej dan akan dipertimbangkan berdasarkan kekosongan.

KEMUDAHAN-KEMUDAHAN KOLEJ YANG DISEDIAKAN ADALAH :

  1. Bilik Tidur
  2. Bilik Gerakan Jawatankuasa Perwakilan Kolej
  3. Bilik Siaraya
  4. Bilik Bacaan
  5. Cybercafe
  6. Bilik TV /Astro
  7. Bilik Sakit
  8. Surau
  9. Gymnasium
  10. Outdoor Gym
  11. Bilik Pool
  12. Bilik Karaoke
  13. Bilik Masak
  14. Bilik  Jahit
  15. Unimart
  16. Bilik Dobi
  17. Water Cooler/ Water Dispanser
  18. Wakaf
  19. Gelanggang Futsal/ Badminton/Bola Jaring
  20. Vending Machine Kad Prabayar
  21. Kafetaria/Gerai Makan

KAPASITI PENEMPATAN PELAJAR

BLOK BILIK 2 ORANG BILIK 4 ORANG KAPASITI PENUH
Sempana Riau (siswa) - 512 512
Taming Sari (siswa) - 512 512
Sulok Belingkong (siswa) 68 160 228
Sulok Belingkong (siswi) 68 160 228
Nilam (siswi) - 512 512
Mutiara (siswi) - 512 512
Baiduri (siswi) - 512 512
Intan (siswi) 250 252 502
Zamrud (siswi) 250 256 506
Si Manja Kini (siswi) 250 256 506
Sempana Alam Buana (siswi) 250 252 502
JUMLAH KAPASITI 1,136 3,896 5,032